Kalau sebelum ini penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza sentiasa mendapat perhatian peminat, kali ini suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa pula menjadi tumpuan.
Ramai memuji penampilan Khalid atau lebih mesra dengan sapaan Datuk K yang semakin kacak dan nampak lebih muda berbanding usia sebenarnya iaitu 64 tahun.
Penampilan Datuk K yang sedang bercuti di Dubai bersama Siti, 44, dan dua anak mereka turut menjadi perbualan hangat yang kelihatan seperti orang muda apatah lagi usahawan itu memang bijak berfesyen.
Ada pula dalam kalangan netizen menyangka lelaki bersama Siti adalah anak kepada Khalid memandangkan wajah mereka yang seiras.
Siti bercuti bersama keluarga di Dubai.
“Aku ingat anak Datuk K rupanya itu Datuk K. Alhamdulillah, nampak muda. Semoga Siti dan Datuk bahagia selalu.
“Wow, macho man memang tak boleh dinafikan. Datuk K semakin berusia terserlah ketampanan wajahnya.
View this post on Instagram
“Bila orang lelaki dapat perempuan yang tepat. Makin tua, makin kacak. Samalah dengan perempuan kan. Love sangat.
“Di usia 64 tahun, masih kacak dan rambut juga masih hitam lebat. Terbaiklah!,” tulis netizen.
Dalam pada itu, menerusi video yang dimuat naik itu juga memaparkan momen-momen Siti bersama keluarga sewaktu berada di Dubai baru-baru ini.
Datuk K dipuji kini semakin kacak.
“Alhamdulillah, masa untuk keluarga,” tulisnya.
Terdahulu, Siti dilaporkan membeli sebuah rumah di Dubai dan perkara itu turut disahkan sendiri oleh anak tirinya, Ashraf Khalid.
Asyraf sempat mengucapkan tahniah dan menjadikan Siti sebagai inspirasi dan pemangkin semangat buat dia dan isteri, Tya Ariffin untuk bekerja lebih keras.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mstar.com.my
Leave a Reply