DALAM keterujaan dan kegembiraan menyambut tahun baharu, semestinya kenangan pahit dan manis setahun yang lalu tetap tersemat dalam ingatan.
Bagi Zaidatul Hanani Tarmizi, tahun 2022 memahat detik dvka bagi seluruh keluarganya apabila adik bongsu, Zaidatul Hanadia Tarmizi menghembvskan n4fas terakhir pada tanggal 2 September.
Coretan dan video yang dikongsikannya di laman sosial menggambarkan betapa pemergian si bongsu, benar-benar memberi tamp4ran hebat buat mereka.
“Kenangan 2022 yang paling pahit untuk kami sekeluarga. Hilangnya si bongsu. Kenangan kita di sepanjang h4yat hang (kamu) sentiasa kami ingat.
“Tenanglah adikku dalam jagaan Allah SWT,” tulisnya pada perkongsian video tersebut.
Menurut Zaidatul Hanani, arw4h adiknya men1ngg4l dvnia pada usia 23 tahun selepas sembilan hari terlantar koma ak1bat peny4kit Para Tiroid.
“Masa umur 17 tahun, arw4h s4kit buah pinggang. Buah pinggangnya mengecut. Tapi dapat recover. Ketika umurnya 20 tahun, arw4h s4kit balik.
“Dia ditidurkan, kemudian proceed dialisis air dekat rumah. Juga recover dan nampak sihat. Dah boleh buat aktiviti harian cuma tak boleh buat kerja berat.
Allahyarhamah Zaidatul Hanadia sangat rapat dan manja dengan kedua orang tuanya.
“Tapi tahun 2022, dia ada tiroid. Para Tiroid di leher. Kena bed4h tapi keadaannya tak stabil. Doktor hold dahulu pembed4han tapi tak sempat bed4h untuk tiroid tu, arw4h dah ‘pergi’ dahulu,” cerita wanita berusia 29 tahun ini.
Berkongsi lebih lanjut, Zaidatul Hanani berkata terlalu banyak kenangan bersama adik bongsunya itu lebih-lebih lagi arw4h begitu rapat dengannya.
Malah ujar ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, kata-kata yang pernah diucapkan oleh adiknya itu sebelum ini seolah-olah memberi petanda namun hanya disedari selepas arw4h j4tuh s4kit.
“Dia suruh kami tidur ramai-ramai dengan dia dekat ruang tamu. Kami ikutkan saja… rupanya nak tinggalkan kenangan.
Hubungan Zaidatul Hanani (kiri)dengan adik bongsunya sangat rapat.
“Dia suruh ayah dukung tapi ayah sakit pinggang… tak dapat dukung dia. Ayah dukung juga buat kali terakhir (dalam li4ng lah4d).
“Yang last sekali, mak tak bagi makan daging kambing sebab dia nak operate. Dia mengadu nak makan juga. Kami dua-dua orang naik motor makan kambing kat kedai. Cvri-cvri makan juga dia,” cerita usahawan tudung yang menetap di Baling, Kedah ini mengimbas kembali kenangan terakhir bersama arw4h adiknya itu.
Tanggal 6 Januari yang bakal menjelang tidak lama lagi semestinya dikenang sepanjang hay4t kerana ia merupakan ulang tahun kelahiran yang pertama tanpa Allahyarhamah Zaidatul Hanadia.
View this post on Instagram
“Birthday dia 6 Januari, saya pula dijangka bersalin anak ketiga pada 6 Februari. Sebolehnya dia suruh saya bersalin pada 6 Januari untuk sama tarikh dengannya.
“Dia cakap ‘tak apa la sama dengan aku pun. Nanti kalau aku tak ada, hang sambut birthday dia (baby) serupa sambut dengan aku la’. Sumpah tak perasan pun… sampailah dia dah tak sedarkan diri, baru perasan,” katanya lagi.
Tidak menyangka video arwah yang dikongsikannya di TikTok meraih sehingga melebihi 512,000 jumlah tontonan, Zaidatul Hanani berkata dia hanya mahu mengabadikan kenangan yang tidak dapat dilupakannya itu bersama para pengikut.
Allahyarhamah merupakan anak bongsu daripada empat adik beradik.
“Apa yang ada depan mata sebaiknya hargai. Banyakkan melawak dengan adik-beradik. Jadi bila dah tak ada, kita tak ada simpan kenangan buruk dengan dia.
“Buat baik dengan orang yang kita sayang. Apabila kita tak ada, orang tak nampak buruk kita sebab yang baik kita dah ‘cover’ semua,” akhirnya.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mstar.com.my
Leave a Reply