Jasa ibu bapa tidak mungkin dapat dibalas oleh anak-anak. Jika dikira jasa ibu bapa, pasti ia takkan terbalas. Lebih dari buih-buih di lautan, begitu banyaknya jasa mereka terhadap kita.
Namun mungkin kita sebagai seorang anak boleh ikhtiarkan sesuatu bagi memudahkan urusan mereka dalam menjalani kehidupan seharian.
Sama juga seperti wanita ini yang baru-baru ini tular di laman Tiktok kerana difahamkan telah memberi hadiah kepada ibu bapanya hasil kesepakatan bersama adik beradiknya.
Berdasarkan video yang tular di laman Tiktok dy.raaa1, seorang wanita dilihat membawa satu fail dokumen dan diserahkan kepada kedua ibu bapanya.
Ketika membuka fail tersebut, si ayah dan ibu sangat terharu dan seb4k apabila mengetahui mereka menerima hadiah berupa sebuah kereta hasil kesepakatan anak-anak mereka.
“Hadiah abah dan ma nie asbab doa dari kalian juga. Semoga kita semua dapat melihat orang tua tersenyum sebelum mereka menutup mata,” tulis tiktok dy.raaa1 di ruangan kapsyen.
Video:
@dy.raaa1 Hadiah abah dan ma nie asbab doa dari kalian juga. Semoga kita semua dapat melihat orang tua tersenyum sebelum mereka menutup mata 🤲🏻🤲🏻 #fyp #ceritaviralfyp
Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 338.6k tontonan, 14.1k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata memuji dan mendoakan supaya pemilik video supaya sentiasa dimurahkan rezeki.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : tiktok dy.raaa1
Leave a Reply