“Ayah Langsung Tak Nak Bercakap…”-Kerjaya Seni Tidak Direstui, Diana Amir Buka Cerita Berkenaan Nekad Berhijrah!

Terdahulu sepertima semua maklum, pelakon dan pengacara Diana Amir telah mended4hkan untuk bersara daripada dunia seni sekali gus tidak akan muncul di kaca televisyen untuk fokus memperbaiki diri.

Meskipun saban hari dapat kita lihat artis berhijrah dan tinggalkan dunia seni untuk lebih mendekati agama. Nyata setiap antara mereka punya kisah hijrahnya yang tersendiri.

Sama juga seperti hijrah Diana Amir mengambil keputusan apabila berhijab membuatkan Diana memahami bahawa kem4tian sangat hampir dengan dirinya, malah akan terus memperbaiki diri.

“Saya nak berhenti daripada muncul di khalayak ramai. Saya nak fokus pada diri saya, nak fokus pada betul-betul ikhlaskan diri saya mencari agama kerana Allah.

“Saya buat keputusan, saya cakap pada suami saya yang selepas ini saya dah tak mahu muncul di mana-mana tapi ada beberapa lagi tawaran yang saya sudah terima awal, jadi saya terpaksa buat tapi selepas ini tidak lagi.

“Maksudnya, saya mahu berada dalam kalangan muslimat sahaja,” katanya dalam bual bicara bersama Neelofa baru-baru ini.

Ayah Enggan Bercakap Langsung

Berkongsi lagi berkenaan kisah hijrahnya menerusi program bual bicara tersebut, Diana turut mendedahkan bahawa punca ingin kekal berhijab disebabkan oleh orang tuanya.

Difahamkan penglibatan dalam dunia seni lakonan pada awalnya tidak diketahui langsung oleh ayahnya. Malah sejak menceburkan diri dalam dunia seni, orang tunaya itu dikatakan tidak pernah menyekong kerjayanya.

@zulena73

#hijrah #dianaamir #hijrahdianaamir

♬ original sound – zulena73 – zulena73

Ujarnya lagi apa yang lebih menyedihkan, ayahnya enggan bercakap langsung dengannya walaupun mereka dikatakan akrab sebelum itu.

Ekoran daripada kejadian tersebut, Diana nekad untuk berubah dan akhirnya hubungan yang renggang dan seakan retak kembali pulih dan mesra. Bahkan Diana turut akui dia sangat bersyukur dengan tindakan orang tuanya kerana menyedarkan dirinya bahawa kerjaya yang dipilih ketika itu bukanlah yang terbaik untuk masa depannya.

Lagu ‘Labbaikallahumma labbaik’, Terkesan Di Hati

Diana mula memakai hijab pada tahun 2011, dan pada 2019 dia mula mengenakan niqab selepas pulang dari umrah.

“Saya mula berniqab sebab ketika saya memakai niqab dan dalam kereta, ada satu lagu saya dalam senarai main iaitu lagu ‘Labbaikallahumma labbaik’.

“Saya telefon suami saya dan cakap pada dia yang saya dapat perasaan yang sangat kuat untuk memakai niqab. Saya rasa lebih selamat. Dan dia beritahu itu berita paling menggembirakan dia dengar,” katanya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : keluarga.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*