Isteri nak melenting suami buat perangai tak malu, bawa balik nasi kenduri dalam pinggan… Rupanya orang Utara memang macam tu!

MAJLIS perkahwinan tidak sah sekiranya tiada elemen yang satu ini, iaitu goodies atau cenderahati untuk tetamu yang hadir.

Disebabkan itu, maka tidak hairanlah cenderahati termasuk di dalam senarai yang wajib disediakan oleh pasangan pengantin atau tuan rumah sebagai menghargai tetamu di majlis perkahwinan.

Jika zaman dahulu, sudah menjadi tradisi tuan rumah untuk memberikan tetamu mereka bunga telur, gula-gula atau kuih muih.

Namun seiring dengan perkembangan zaman, cenderahati yang disediakan lebih pelbagai bersesuaian dengan bajet masing-masing.

Namun, perkongsian seorang wanita mengenai cenderahati di sebuah majlis kenduri benar-benar menarik perhatian netizen.

Mana tidaknya, cenderahati yang diberikan tuan rumah adalah sepinggan nasi minyak lengkap dengan daging goreng kunyit!

Menurut Nadnadianiza, dia yang tidak berkesempatan untuk menghadiri perkahwinan tersebut, terkejut selepas suaminya menghulurkan bungkusan dibalut dengan sapu tangan sebaik pulang ke rumah.

KENDURI

Kebanyakan kenduri di kampung termasuk kenduri tahlil masih mengekalkan tradisi lama. Gambar hiasan

“Laki (suami) aku balik, dihulurnya pinggan. Aku pelik dah, apa ni bawa bungkus nasi untuk bini… buat malu saja. Dia kata bukan (minta) bungkus, memang dapat.

“Apabila buka, ada nasi minyak dengan daging goreng kunyit. Jenuhlah pula nak basuh pinggan, bagi diorang balik. Kata dia ‘tidak… pinggan dengan sapu tangan tu memang mereka bagi. Dekat sini kenduri memang macam tu’,” kongsinya di laman sosial TikTok.

Ramai yang menyangka ia adalah cenderahati majlis perkahwinan namun menerusi ruangan komen, Nadnadianiza menjelaskan cenderahati tersebut adalah daripada sebuah majlis kenduri tahlil di sebuah kampung di Baling, Kedah.

Menurut wanita berkenaan, dia sekadar berkongsi video berkenaan di laman sosial kerana ia adalah sesuatu yang rare dan menarik baginya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Goodies kenduri rare bagi aku la kan. Tempat aku kalau dapat nasi kenduri macam ni panggil berkat, itu pun zaman dulu-dulu punya cerita.

“Bungkus dalam plastik, lepas tu pattern nasi semua sama nasi putih, sambal kelapa dengan daging kicap atau daging masak hitam macam tu la.

“Mahu tak terkejut dapat nasi sekali pinggan dengan sapu tangan haa. Senang cerita kan? Beg goodies pun tak payah nak fikir-fikir cari beli,” kongsinya lagi.

Perkongsian video berkenaan meraih lebih daripada 62,300 jumlah tontonan di TikTok.

Sementara itu menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman masing-masing.

KOMEN GOODIES

Netizen turut berkongsi kemeriahan kenduri di kawasan masing-masing.

“Kenduri tahlil belah Kedah memang macam tu. Mentua saya pun dulu buat macam tu.

“Dulu zaman kecil-kecil, arwah atok dapat macam ni tapi kenduri arwah. Dapat kuih-kuih klasik dalam pinggan tu dengan duit dalam sampul, dan dapat kain pelikat. Sekarang tak ada dah.

“Dekat kampung akak, kenduri kahwin macam ni… siap ada lemang seketul bertenggek atas pulut,” demikian antara komen netizen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*