“MAK… nak jual aiskrim!”
Demikian antara lu4han netizen lelaki di ruangan komen sebuah video yang tular baru-baru ini.
Bagi golongan wanita pula, mereka berharap penjual aiskrim adalah rakyat tempatan dan bukannya warga Pakistan.
Mana tidaknya, video yang dimaksudkan itu bukan hanya memaparkan seorang penjual aiskrim dengan pelanggan, tetapi turut menyaksikan momen bahagia dua mempelai.
Malah menerusi kapsyen mencuit hati pemilik video bernama Abdul Walid Saffine, dia menyatakan bahawa ikatan perkahwinan terjalin selepas ‘pelanggannya’ sering membeli aiskrim yang dijual.
“Siapa suruh beli aiskrim saya, kan dah kahwin dengan saya,” coretnya di dalam video berkenaan.
Ekoran daripada itu, video yang dikongsikan di akaun TikTok miliknya mendapat perhatian warganet dan ditonton lebih 1.2 juta pelayar.
Jualan aiskrim bermula sekitar 2020.Jualan aiskrim bermula sekitar 2020.
Berkongsi cerita tentang momen indah tersebut, Abdul Walid Saffine berkata, dia sendiri tidak menyangka bahawa jodohnya adalah seorang g4dis yang sering membeli aiskrim jualannya.
Ujar lelaki berusia 25 tahun itu, pertemuan antara dia dengan isteri, Nurulhuda Jamidi, 23, bermula selepas keputusan nekad untuk berhenti kerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat swasta.
Pada masa itu, rakan pula berhasrat untuk berhenti berniaga dan ingin menjual segala peralatan yang digunakan.
View this post on Instagram
“Saya tak rancang pun nak jual aiskrim tapi sebab kawan saya nak berhenti berniaga, jadi saya membeli kesemua peralatannya dan mula menjual aiskrim menaiki motosikal.
“Pada masa sama, saya memang berhasrat untuk menamatkan zaman bujang dalam lingkungan usia 24 tahun… tapi tiada calon.
“Jadi saya berusaha mencari pasangan dan antara platform yang digunakan adalah Facebook. Mulanya, saya chat dengan mana-mana perempuan yang saya berkenan sehinggalah satu hari pada tahun 2020, saya berhubung dengan wanita yang kini menjadi isteri.
Walid merupakan anak sulung daripada empat beradik.
“Dia sememangnya sudah mengetahui yang saya menjual aiskrim,” ujarnya ketika dihubungi mStar.
Selepas berhubung beberapa kali, anak kelahiran Kuantan, Pahang itu mengetahui tempat tinggal wanita idamannya.
Malah tanpa diduga lokasi rumah mereka tidak berjauhan.
Susulan daripada itu, dia mula menjual aiskrim di sekitar kawasan perumahan isterinya yang pada ketika itu bertugas sebagai guru taska.
“Saya jual aiskrim dan setiap kali lalu di kawasan perumahannya, dia akan beli aiskrim.
“Biasalah… apabila dah berkenan, saya akan beri aiskrim percuma atau diskaun,” lu4hnya gembira.
Isterinya juga tidak kekok membantu menjual aiskrim.
Enggan mengambil masa yang lama selepas sering berhubung dan bertemu ketika menjual aiskrim, dia yang mesra disapa Walid memberanikan diri untuk melamar.
Mengakui terkejut dengan penerimaan tersebut, dia kemudiannya semakin kerap melalui kawasan rumah wanita pujaannya itu.
“Lama-kelamaan saya cuba melamar dia dan tak sangka diterima. Apabila terima, makin keraplah saya lalu depan rumah dia… kerana masa tu saja saya dapat jumpa dan kami tak pernah keluar berdua pun.
“Perhubungan semakin serius apabila dia memaklumkan tentang hubungan kami berdua kepada kedua orang tuanya.
Walid berjaya membuka cafe sendiri selepas tiga tahun menjual aiskrim menaiki motosikal.
“Apabila mendapat respons positif, saya menghantar rombongan merisik dan meminang. Kami kemudiannya disatukan pada Oktober 2021,” ceritanya lagi.
Dalam pada itu, Walid turut menzahirkan rasa syukur kerana keluarga mentua menerima dia dan pekerjaannya sebagai penjual aiskrim.
“Saya rasa bersyukur dengan penerimaan isteri dan keluarga sedangkan saya hanya penjual aiskrim. Malah ayahnya pernah berkata bahawa dia tidak peduli anak menantu kerja apa asalkan mencari rezeki halal.
“Alhamdulillah… berkat jualan aiskrim itulah saya berjaya mengumpul duit untuk berkahwin dan kini berjaya membuka cafe sendiri, Smootea,Taman Tas pada 17 Disember lalu,” ujarnya yang sudah berhenti menjual aiskrim menggunakan motosikal berikutan kos barangan yang semakin mahal.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mstar.com.my
Leave a Reply