“Fikir logik, tak masuk akal” – Satu surau b4njir teruk, karpet berselut… ajaib ruang solat imam ‘kering’ macam baharu

B4NJIR teruk yang melanda beberapa negeri ketika ini banyak menenggelamkan rumah dan merosakkan harta benda.

Namun, berlaku satu kejadian ajaib semasa banjir, melibatkan sebuah surau.

Seluruh tempat beribadat itu dan kawasan sekitarnya dilanda b4njir serta berlumpur selepas surut, tapi ruang solat imam kelihatan kering seperti tidak terusik.

Menerusi perkongsian di laman sosial, dua foto menunjukkan keadaan di dalam surau berkenaan yang mempunyai kesan lumpur berwarna coklat.

Bagaimanapun, ruang solat imam yang menempatkan sehelai sejadah beserta alasnya tidak mempunyai walau secalit lumpur, malah kelihatan baharu.

Menurut seorang pengguna TikTok, kejadian berlaku di surau Padang Kubu di Kampung Padang Kubu di Kemaman, Terengganu, selepas dilanda b4njir pada Ahad lalu.

ruang solat imam kering 2

Seorang pemuda yang membersihkan kawasan surau menunjukkan ruang solat imam yang tak berlumpur, tidak seperti ruang di sekelilingnya.

“Allahurabbi, hebat caturan Dia sikit pun tempat solat imam tak kena selut. Padahal kawasan ni 100 peratus masuk air dan berselut.

Team kakak ngaji bersama-sama membersihkan kawasan surau Padang Kubu selepas dilanda b4njir besar,” tulisnya menerusi keterangan video di akaun @yahiibrahimkhan.

Menurut individu itu yang memaklumkan banjir mulai surut pada Isnin, air mulanya naik mencecah paras pinggang.

“Kalau fikir logik, memang tak masuk akal sedangkan air paras pinggang,” katanya di ruang komen bagi mengulas respons netizen.

ruang solat imam kering 3

Kawasan Kampung Padang Kubu selepas banjir surut. foto TikTok @yahiibrahimkhan

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan kebesaran Allah SWT terhadap kejadian yang menakjubkan itu.

Segelintir mereka seperti tidak percaya dengan apa yang dilihat, tetapi akur dengan kekuasaanNya.

“Macam tak percaya… tapi itulah bukti Allah Maha Kuasa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Kekuasaan Allah SWT. Allahuakbar.

“Di situlah kita tengok bagaimana Allah sayang kepada orang yang taat kepada Dia.

“Itu tandanya Dia memberi peringatan kepada kita supaya jangan lalai sebab kasih sayangnya yang tidak terhingga,” demikian antara komen netizen.

ruang solat imam kering 5

Antara komen netizen.

Sementara itu, beberapa netizen turut berkongsi pengalaman mereka selepas kediaman dilanda banjir, yang menunjukkan tanda kebesaran Allah SWT.

“Rumah saya pun sama, sejadah dan telekung tak basah. Allahuakbar.

“Masa rumah saya banjir tahun lepas, al-Quran dalam rumah dalam keadaan baik sedangkan almari yang berat boleh jatuh. Besar kuasa Allah.

“Masa rumah terbakar hari tu, semua terbakar kecuali al-Quran. Ayat tepi-tepi kertas tu terbakarlah kecuali ayat-ayat al-Quran. sungguh kebesaran Allah,” komen beberapa netizen.

Video yang dimuat naik di TikTok itu meraih lebih 1.6 juta tontonan dalam tempoh lima jam.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*