Bekal pengantin baru ‘dib4han’ rakan, nota comel ‘jangan gat4l, I love you’ jadi perhatian

Membawa sendiri bekal ke tempat kerja lebih menjimatkan. Ramai memilih membawa makanan dari rumah kerana terjamin kebersihan, masa juga tidak perlu dibazirkan untuk membeli makanan di luar.

Bagaimanapun, amalan baik ini adakala menjadi ‘bahan’ usikan orang sekeliling khususnya rakan sekerja.

Menerusi sebuah video yang tular di laman sosial TikTok, seorang pemuda membawa bekalan sarapan menjadi gurauan rakan-rakan.

“Sarapan pagi pengantin baru lain macam haha,” kongsi pengguna TikTok @yusrychow.

Video yang mendapat lebih 235,000 tanda suka dan 2.6 juta tontonan itu memaparkan bekas bekal yang diletakkan di dalam beg plastik.

Video:

@yusrychow

Pengantin baru sarapan pagi lain macam haha #fyp

♬ original sound – yusrychow – yusrychow

Pemilik bekal yang juga rakannya kelihatan malu-malu dan cuba menyembunyikan bekas makanan yang dibawa.

Bekas berkenan turut ditampal nota manja yang menjadi bahan usikan dan perhatian warga maya. Pesanan ‘comel’ itu dipercayai ditampal isterinya.

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

“Have a good day baby. Jangan gat4l, I love you,” tulisnya.

Warga maya rata-rata tertarik dan memuji inisiatif wanita berkenaan yang ikhlas menyediakan makanan buat suami tercinta.

-”Saya lagi bangga kalau isteri tulis nota macam ini. Bukan senang untuk mendapat isteri yang begini. So sweet.”

-”Kalau saya akan bangga menunjukkan nota itu. Terbaik.”

-”Jangan gatal, amaran sudah keluar.”

-”Sahaja kawan-kawan mengusik. Apa pun memang sweet isterinya.”

-”Isteri saya selalu bekalkan nasi goreng. Dia masak biasa sahaja tetapi pengorbanan bangun awal pagi untuk sediakan tiu buat saya makin sayang.”

-“Jika isteri begini ceria hari-hari saya. Tidak kisah baharu atau lama, tetapi ia amat bermakna.”

– “Isteri yang limited edition.”

– “Pernah letak nota pada bekal suami. Sampai sekarang suami simpan, saya pula malu apabila dia tunjuk.”

Air tangan isteri dan ibu pengikat kasih sayang. (Kredit foto: Pexels)

Air tangan isteri pengikat kasih sayang. Malah ia juga memberi peluang kepada ahli keluarga menikm4timakanan yang berkhasiat.

Justeru para suami jangan malu untuk membawa bekal ke tempat kerja. Budaya ini wajar dijadikan amalan dan alternatif untuk menjimatkan perbelanjaan seharian dan kos sara hidup.

Menu bekal walaupun ringkas, ia memberikan kepuasan tersendiri. Walaupun hanya roti disapu serikaya atau nasi berlaukkan telur goreng, sudah cukup untuk mengalas perut.

Sumber: TikTok @yusrychow

Kredit foto utama: Pexels

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://sinarplus.sinarharian.com.my/, sinarviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*