“Muka cu4k tak boleh bawa bincang,” – Gelagat kanak-kanak bersunat buat ramai terhibur

Musim cuti sekolah yang telah pun bermula membuka ruang kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak lelaki mereka menjalani proses berkhatan.

Bila masuk saja musim ini, pasti ada saja yang berkongsi ragam kanak-kanak sewaktu bersunat. Tidak dinafikan, pengalaman sunat pasti susah untuk dilupakan kerana mereka terpaksa berdepan dengan kesakitan. Ada yang men4ngis, menj3rit dan pelbagai lagi ragam kanak-kanak semasa nak berkhatan.

Terbaru menerusi video tular di laman Tiktok yang dimuat naik oleh @sirkhairil_97 memaparkan dua orang kanak-kanak yang difahamkan sedang menunggu giliran mereka untuk bersunat.

Pada mulanya mereka dilihat sangat teruja, sehingga masing-masing tidak sabar dan berebut untuk masuk ke bilik berkhatan. Namun, rasa teruja itu secara tiba-tiba bertukar menjadi rasa takut setelah mereka berdua mendengar jeritan dan tangisan peserta yang terlebih dahulu bersunat.

Video:

@sirkhairil_97

Korang kene tengok sampai habis ! Maafkan acu anak2 buahku gelakkan korang. Acu da lepas fasa2 tu 🤣🤣🤣 btw selamat berpantang 😆 #fyp #fypシ #sunat #berkhatan #berpantang

♬ Kepuraanmu – Luqman Faiz

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 323.1k tontonan, 29.7k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat kedua-dua kanak-kanak tersebut.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : sirkhairil_97

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*