“Jangan Neg4tif, Sangka Baik Dengan Allah,”- Cab4ran Dipermudah, Irma Hasmie Rasa Ibu Bapa Jangan T4kut Bawa Anak Tunai Umrah

Pelakon dan pengacara, Irma Hasmie akui teruja apabila berkesempatan membawa anak-anaknya yang masih kecil untuk menunaikan umrah bersama di Tanah Suci, Mekah.

Bagaimanapun, Irma tetap akui perjalanan umrahnya kali ini sememangnya memberikan cab4ran yang berbeza namun, dia tetap gembira kerana berpeluang membimbing anak-anaknya itu.

“Umrah dengan anak-anak ni memanglah berbeza banding pergi bersendirian. Betul. Ada cab4ran-cab4rannya tapi secara peribadi saya sangat bersyukur dapat bawa Irfhan dan Naylie.

“Saya senang hati, rasa aman dapat bimbing dan dedahkan diorang untuk lebih dekat pada Allah SWT dan mencintai Rasulullah sejak dari usia kecil,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by IRMA HASMIE IBRAHIM (@irmahasmie)


Dalam pada itu, Irma turut menyeru kepada seluruh ibu bapa untuk membuang rasa t4kut untuk merancang perjalanan umrah bersama anak-anak kecil mereka.

“Alhamdulillah, pengalaman serta detik-detik kenangan bahagia. Jadi, siapa-siapa yang bercadang nak menunaikan ibadah umrah dengan anak-anak, tak perlu risau berlebih-berlebih.

“Jangan t4kut, jangan fikir neg4tif tapi sentiasa sangka baik pada Allah. Bismillāhi tawakkaltu ‘ala Allāh,” kongsinya lagi.

Malah, Irma juga pecaya kanak-kanak akan mudah belajar dengan setiap ilmu yang bakal mereka peroleh sepanjang menunaikan umrah.

“Percayalah anak-anak akan belajar banyak perkara dari trip umrah. Sama macam bila diorang dapat pengalaman bercuti ke mana-mana kan, ini pengalaman ke tempat Nabi kita, tanah suci,” jelasnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by IRMA HASMIE IBRAHIM (@irmahasmie)


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar mereka juga akan berpeluang menjadi tetamu Allah satu hari nanti.

Sekadar informasi, Irma telah mendirikan rumah tangga bersama pasangan, Redza Syah Azmeer pada tahun 2012.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangak ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Redza Syah Irfhan serta Irma Nur Naylie.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mediahburan.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*