KEHIDUPAN kanak-kanak ini mungkin tidak mewah, tetapi kaya dengan kasih sayang seorang bapa.
Dia sememangnya beruntung kerana dibesarkan oleh bapanya yang jelas sangat penyayang.
Walaupun tidak bergaji besar, tetapi bapa kanak-kanak itu yang mencari rezeki sebagai pengawal keselamatan tetap bersyukur dengan kehidupannya.
“Alhamdulillah syukur.
“Saya kerja sebagai sekuriti di sekolah anak saya. Anak saya bersekolah di tempat kerja saya,” tulis pengawal keselamatan bernama Hassan menerusi keterangan video.
Kasih sayang seorang bapa menguruskan anaknya.
Video yang tular di media sosial itu menunjukkan lelaki berkenaan yang berpakaian seragam pengawal keselamatan tekun menyikat rambut anak perempuannya.
Dia yang dipercayai bertugas dalam bangunan sekolah di Johor Bahru, Johor turut menyiapkan anaknya untuk belajar di sekolah agama.
Bukan sekadar menyarungkan tudung, malah lelaki itu juga memastikan pakaian seragam anaknya dalam keadaan kemas.
Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum mereka atas tanggungjawab lelaki itu dalam membesarkan dan mengasuh anak perempuannya dengan mementingkan pendidikan.
View this post on Instagram
Video berdurasi 25 saat itu menunjukkan kepada masyarakat bahawa walaupun si bapa mencari rezeki sebagai pengawal keselamatan, namun pendidikan anak tetap diutamakan.
“Bukan senang nak jadi seorang ayah hadir support.
“Ini pun salah satu rezeki. Rezeki senang urus anak depan mata sambil kerja.
“Super daddy, jangan mengalah. Teruskan berjuang untuk anak,” demikian antara komen netizen.
Anak perempuannya telah bersiap sedia untuk ke sekolah.
Dalam pada itu, ruangan komen pada video yang meraih lebih setengah juta tontonan di TikTok itu turut dihujani dengan doa buat dua beranak ini.
“Belajar pandai-pandai ye sayang. Dah besar nanti bahagiakan dan mewahkan ayah dan ibu.
“Semoga anak tuan menjadi anak solehah, sentiasa banggakan tuan dan tak lupakan jasa ayahandanya.
“Semoga Allah merahm4ti tuan dan keluarga. Anda memang ayah yang hebat. Semoga anak menjadi anak yang solehah,” kata netizen.
Antara komen netizen.
Menerusi satu komen, ada yang memuji pengawal keselamatan itu yang begitu prihatin terhadap pelajar dan guru termasuk ibu bapa pelajar.
“Hebat sekuriti sekolah ni. Semua pelajar dan guru dia kenal. Ibu bapa yang datang ambil pun dia kenal. Kerja yang mulia,” katanya.
Kasih sayang pengawal keselamatan itu terhadap anaknya turut diluahkan dalam video berasingan di TikTok, memaparkan beberapa foto animasi yang menunjukkan hubungan mesra seorang bapa bersama anak perempuan, serta kata-kata yang menyentuh emosi.
“Anak perempuan saya adalah nyawa, senyuman, kegembiraan, kekuatan, anugerah dan segala-galanya buat saya. Anak perempuan saya adalah nombor satu,” kata Hassan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mstar.com.my
Leave a Reply