KEGIGIHAN anak-anak berusaha mencari rezeki pastinya membuatkan ibu bapa terharu.
Ibu bapa pula seharusnya memainkan peranan penting dalam memberi sokongan dan semangat kepada anak-anak dalam apa jua bidang.
Begitulah yang dilakukan seorang ibu yang membuat kejutan ketika anak lelakinya sedang berniaga di sebuah pasar malam.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok milik Norlina Alawi, kelihatan anaknya tekun membungkus makanan dengan beberapa pelanggan sedang menunggu di hadapan gerai.
Tidak dinyatakan lokasi pasar malam, keadaan cuaca mendung kemungkinan baru selesai hujan apabila pelanggan yang berlegar-legar datang membawa payung.
Bagaimanapun, gerainya tetap masih mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang sedia beratur untuk membeli beraneka juadah.
Menurut ibunya, anak lelakinya yang menjual masakan Kelantan itu bercita-cita untuk bergelar usahawan berjaya.
“Petang ni pr4nk anak bujang mama, Syazwan sedang berniaga dipasar malam.
“Syabas sayang kerana gigih bekerja sebagai peniaga makanan menu Kelantan. Semoga Wan terus berjaya dalam mengejar cita-cita dan menjadi ahli perniagaan makanan yang berjaya dan cemerlang, amin.
“Mama tetap berteguh di belakang Wan. Sokong apa yang anak-anak suka,” tulis si ibu pada video tersebut.
Dalam rakaman video tersebut, si ibu cuba menghampiri sehingga berjaya berdiri di tepi anaknya namun masih lagi tidak disedari kehadirannya.
View this post on Instagram
Tekun mengambil nasi untuk dibungkus, reaksi Syazwan terkejut sebaik melihat ibunya sendiri datang ke gerai bagi menyokong perniagaannya.
Kesungguhan pemuda itu bekerja mencari rezeki dengan titik peluh sendiri itu turut menyentuh hati netizen.
Menerusi ruangan komen, hubungan anak beranak ini menjadi bualan netizen kerana ibunya menunjukkan teladan yang baik dengan memberi sokongan kepada anak-anak.
Komen netizen di TikTok.
“Rajin… manis pula tu. Semoga berjaya dunia akhirat. Teruskan usaha dalam bisnes. InsyaAllah banyak keberkatannya.
“Muka dia pun dah macam muka penarik rezeki. Muka tenang. Semoga terus berjaya bro. Doa ibu adalah segalanya.
“Manis senyum. Berseri wajah anak bila nampak muka ibu biarpun terkejut.
“Handsomenya anak mama, eh anak makcik. Rajin. Moga berjaya dalam perniagaan,” seloroh seorang netizen dipercayai bergurau.
Untuk rekod, video dikongsikan Norlina meraih lebih 200,000 jumlah tontonan setelah disiarkan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mstar.com.my
Leave a Reply