[VIDEO] “Dia Ada Buka Mata, Gerak-Gerak Tangan, Angguk Kepala Tapi…”- Ungku Ismail Kongsi Update Terkini Nad Zainal

Pelakon Ungku Ismail berkongsi perkembangan terkini Nad Zainal yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) KPJ Ampang Puteri sejak minggu lalu.

Menerusi hantaran video di Instagram, Ungku Ismail memaklumkan Nad menunjukkan perkembangan positif sejak tiga hari lalu dan sudah mula sedarkan diri.

“Setiap hari ada perkembangan yang kecil. Tapi dalam masa yang sama ada keadaan agak membimbangkan juga apabila tiba-tiba oksigen serta d4rah tingginya naik turun

“Bagaimana pun Alhamdulillah ada progress..Dalam 3 hari lalu doktor dah kurangkan dos ubat tidurnya. Jadi dia ada buka mata serta gerak-gerakkan tangan..bila kita bercakap dengan dia hanya boleh menganggukkan kepala.

“Pada mulanya dia sedar itu dia agak p4nik apabila melihat keadaan di hospital tapi, kami cuba tenangkan dia. Dia sedar sekejap sahaja,” katanya.

Meskipun menunjukkan perkembangan positif setiap hari, Nad masih memerlukan pemantauan rapi di ICU.

“Nad masih dalam ICU, maka dia masih dalam keadaan krit1kal. Tak boleh nak gembira sangat kerana masih menunggu untuk paru-parunya betul-betul sembuh kerana kini mesin pernafasan masih belum cabut wapaun kadarnya sudah dikurangkan.

“Selagi mesin pernafasan belum cabut saya masih tak keruan begitu juga keluarganya tak keruan melihat anak tunggalnya,” ujarnya.

Itu merupakan perkongsian pertama Ungku Ismail selepas didakwa ‘mer4juk’ dan berkecil hati dengan netizen.

“Saya tak mer4juk, cuma saya terkilan apabila maklumat yang cuba saya sampaikan telah terpesong…Bila saya suruh doa tapi orang doakan hubungan saya pula.

“Saya ingatkan orang fokus mengenai keadaan Nad. Tapi video ini saya tujukan kepada ramai, boleh kata beribu yang DM meminta saya update perkembangan terbaharu Nad,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ungku Ismail Aziz (@ungkuismailaziz)


Justeru, Ungku Ismail tidak putus-putus meminta agar semua terus mendoakan kesihatan Nad agar segera sembuh.

Terdahulu, Nad atau nama penuhnya, Farah Nadia Zainal Abidin dilaporkan ditidurkan sejak minggu lalu susulan pendarahan pada bahagian paru-paru.

Ungku Ismail serta pengarah Sharulezah atau Budak Ijat antara dua rakannya yang sering memaklumkan perkembangan terkini Nad hampir setiap hari.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : gempak.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*