Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa merupakan anak kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza. Ramai peminat setia Datuk Seri Siti Nurhaliza yang sekian lama mengikuti perkembangan penyanyi berkenaan baik dari segi kerjaya, kehidupan peribadi mahupun anak-anak kepada penyanyi pujaan mereka itu.
Jika dahulu Datuk Seri Siti Nurhaliza telah diuji dengan 11 tahun penantian cahaya mata pertama kini penyanyi lagu Cindai itu berbahagia dengan kehadiran buah hati sulungnya Siti Aafiyah.
Rezeki penyanyi nombor satu negara yang mesra disapa Tokti itu semakin melimpah ruah apabila dikurniakan lagi seorang cahaya mata lelaki pula.
Tumpuan Tokti kini lebih kearah perniagaan dan kehidup an peribadi memandangkan beliau mempunyai dua orang anak yang sedang membesar.
Pasti ada sahaja akal kanak-kanak berkenaan yang menarik perhatian dan mencuit hati para peminat. Menerusi laman instagram, Tokti berkongsi video gelagat anaknya serta aktiviti terkini anaknya itu buat tatapan para peminat beliau.
Terbaru menerusi perkongsian di laman instagram, Tokti memuat naik satu video yang memaparkan Aafiyah yang lengkap berjubah dan betudung untuk menghadiri satu majlis graduasi.
Apa yang mencvri tumpuan ialah momen ketika si cilik itu yang membuat persembahan hafazan dan menari di majlis tersebut.
“Semalam anak ibu Aafiyah buat persembahan sempena Graduation day.. Aafiyah menghafaz & menari .. Ibu tak dapat hadir kerana tugas yang perlu diselesaikan di Singapore.. Alhamdullillah.. Aafiyah berikan yang terbaik .. Bukan main dia menari ye.. Tq Ayah dah temankan Aafiyah .. Love you!!Semoga terhibur menonton ye,” tulis Tokti di ruangan kapsyen.
Video:
View this post on Instagram
Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 67.1 k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata memuji persembahan yang dilakukan oleh Aafiyah.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber: instagram ctdk
Leave a Reply