Bayar 50 sen boleh dapat macam-macam jajan, Super Ring pun ada! Memang lain macam vending machine ciptaan kanak-kanak ini

BUKAN kreatif biasa-biasa!

Demikian antara komen netizen terhadap perkongsian video memaparkan hasil kreativiti seorang kanak-kanak yang mencipta mesin makanan ala-ala vending machine menggunakan kotak terpakai.

Menerusi video yang tular di laman TikTok, kanak-kanak bernama Muhd Danish Khalish ‘mempersembahkan’ ciptaannya, prototaip sebuah kotak makanan lengkap dengan cara penerangan yang sangat terperinci.

mesin 1

Kanak-kanak tersebut turut membuat demonstrasi cara menggunakan vending machine ciptaannya.

“Ini saya ada buat mesin untuk makanan. Kita test beli Super Ring. Mula-mula masukkan duit, kemudian tekan,” ujarnya dalam loghat utara, sambil membuat demonstrasi cara menggunakan mesin ciptaannya.

‘Vending machine’ tersebut diperbuat daripada sebuah kotak terpakai, lengkap dengan tempat khas untuk memasukkan duit syiling bagi membeli makanan ringan yang sudah disimpan di dalamnya.

Mungkin nampak biasa pada pandangan sesetengah orang, tetapi jika diteliti, rekaan sedemikian adalah gabungan antara bakat, daya imaginasi dan kreativiti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen melahirkan rasa kagum dengan kebolehan dan bakat kanak-kanak lelaki berkenaan.

Netizen berpendapat kanak-kanak tersebut mempunyai bakat yang besar dan harus diketengahkan kerana berpotensi untuk menghasilkan ciptaan yang kreatif.

Malah netizen juga memuji kanak-kanak tersebut kerana berfikir dan tampil dengan sesuatu yang jauh lebih matang berbanding usianya.

“Kreatif kau dik. Moga dapat membuat kemudahan pada masa depan ya.

“Hebatnya dik! Belajar rajin-rajin tau. Semoga diberi kejayaan dunia dan akhirat.

“Power! Kakak pun fikir macam mana adik buat.

komen

Netizen berharap bakat kanak-kanak tersebut dikembangkan lagi untuk mencipta rekaan yang lebih kreatif.

“Mak ayah boleh ketengahkan bakat adik ni, tengok betapa dia kreatif. Moga berjaya dunia akhirat,” demikian antara komen netizen.

Sehingga kini video yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu meraih lebih 57,000 jumlah tontonan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*