HARI ini kita tolong orang, esok lusa orang tolong kita balik!
Video menunjukkan seorang pemuda, Muhammad Islah Mohd Zulhairul, 24, tular apabila dia membantu seorang wanita yang kelihatan sedang men4ngis kerana menyangkakan kunci motosikalnya hilang.
Kejadian di hadapan kedai B&E Coffee yang terletak di Pertama Complex, Kuala Lumpur baru-baru ini.
“Ketika saya sedang bekerja, bos serahkan kunci yang dia jumpa pada motosikal yang parkir berhadapan kedai.
“Bos saya suruh tengok-tengokkan kalau pemilik motosikal tu mencari-cari kuncinya… dia pesan suruh pulangkan apabila dia sampai,” katanya kepada mStar.
Video:
@bne.coffee Kisah hari ni..😭 #pejuang1k #bnecoffeemy #kualalumpur #coffeetiktok #fypシ #fyp #bnecoffeekl #bnecoffeekl #coffeeshop #pertamacomplex #klcoffee #kl
Setelah menunggu hingga ke petang, Muhammad Islah ternampak seorang wanita berulang-alik naik dan turun kompleks beli belah Pertama Complex sebelum akhirnya terduduk di tepi motosikal sambal men4ngis.
“Saya nampak akak itu terduduk putus asa macam mencari sesuatu, saya terus pergi serahkan kunci kepadanya.
“Saya rasa senang hati dan gembira dapat membantu kerana hari sudah petang dan saya pun penat bekerja, akak tu pula bersungguh-sungguh cakap terima kasih,” ujarnya.
Rata-rata netizen meninggalkan komen positif di ruangan TikTok B&E Coffee, termasuklah wanita yang telah dibantu.
“Terima kasih adik yang membantu saya sebab masa ini kalut nak pergi ke kedai customer tunggu bila mana mak masuk hospital kalut cari kunci moto, tengok kunci tak ada,” kata wanita tersebut.
Komen Netizen:
Antara komen netizen.
“Teruskan buat kebaikan walaupun kecil kerana ia akan memberi makna besar kepada yang menerima pertolongan,” pesan Muhammad Islah kepada netizen yang memberi sokongan kepadanya di ruangan komen video TikTok tersebut.
Muhammad Islah merupakan pelajar Universiti Al-Azhar, Mesir yang pulang ke tanah air untuk bekerja secara sambilan di B&E Coffee kerana minatnya yang mendalam dengan kopi.
Video yang dimuat naik melalui aplikasi TikTok itu meraih lebih 11,000 tanda suka.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : https://www.mstar.com.my/
Leave a Reply