Dua beranak buat drama sedih, ibu ucap terima kasih jadi kak long penyabar… Tiba-tiba ramai anak sulung ‘banjir’ sekali!

BUKAN mudah bergelar individu yang dilahirkan sebagai anak sulung.

Kehadiran mereka beserta dengan ‘pakej’ di mana bukan sahaja menjadi anak harapan keluarga, malah menggalas tanggungjawab berat untuk menjaga serta berk0rban demi adik-adik.

Kadang kala golongan ini juga menjadi tempat untuk ibu bapa melepaskan ger4m, sehinggakan ada yang memendam perasaan sedih apabila peng0rbanan mereka seolah-olah tidak dihargai.

Baru-baru ini tular di media sosial video yang dimuat naik oleh seorang wanita, memaparkan peng0rbanan anak sulungnya yang kadang kala dilupakan ibu bapa.

Menerusi video tersebut, si ibu melakukan ‘pr4nk’ dengan meminta anak perempuannya yang berusia sekitar enam tahun menjadi juruvideo dan merakam gelagatnya bersama seorang lagi anak dengan menggunakan telefon bimbit.

Tanpa diketahui si anak sulung itu, telefon bimbit tersebut sebenarnya merakam gelagatnya yang polos dan bukan aksi si ibu serta adiknya.

“Anak pertama yang mengajar aku sebagai seorang ibu dan beri peluang untuk aku menyusukannya dengan pelbagai cab4ran sehingga dua tahun,” demikian kapsyen yang dikongsikan bersama video berkenaan.

sulung 2

Wanita berkenaan membuat ‘pr4nk’ dan meminta anak sulungnya menjadi juruvideo untuk melihat reaksi wajahnya.

Apa yang membuatkan netizen seb4k, wanita tersebut kemudian berlari ke arah anak sulungnya dan mengucapkan kata-kata menyentuh hati sehingga air m4ta kanak-kanak tersebut bergenang.

“Kakak, terima kasih sebab jadi anak ibu yang paling baik. Ibu sayang kakak dunia akhirat. Terima kasih sebab selalu sabar dengan ibu dan adik, dan selalu jaga adik. Kakak sedih ke? I love you kakak,” demikian ucap wanita berkenaan kepada anak perempuannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan tidak kurang ada yang mengalirkan air m4ta kerana tersentuh dengan momen wanita tersebut menghargai anak sulungnya.

“Saya salah seorang yang men4ngis… ibu saya tak pernah ucapkan kepada saya macam ni. Sangat tersentuh hati. Sebagai anak sulung, saya nak ucapkan terima kasih.

“Sebagai anak sulung, ini yang kami mahu dengar sebenarnya. Tak mengharap lebih pun. Teruskan kuat anak-anak sulung.

sulung 3

Rata-rata netizen tersentuh hati dengan perkongsian wanita berkenaan.

“Itulah titik lemah anak sulung apabila parents ucap terima kasih sebab banyak berkorban dengan adik-adik. Wajib jatuh air m4ta,” demikian antara komen mereka.

Sehingga kini video berkenaan meraih lebih 551,000 jumlah tontonan di aplikasi tikTok.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*