Ramai kata wajah anak kedua Anzalna Nasir mirip presiden Rusia, netizen doa jadi PM Malaysia suatu hari nanti 

Pelakon Anzalna Nasir tidak berkecil hati apabila ada yang menyamakan wajah anak keduanya iaitu Mohamad Emirhan Mohamad Hanif dengan presiden Rusia, Vladimir Putin tetapi versi bayi.

Anzalna sebaliknya teruja apabila wajah Emirhan dikatakan mirip seorang presiden terkenal dunia.

“Happy 6 months old Emirhan! Ramai orang cakap muka Emirhan macam presiden Rusia versi bayi. Amboi, orang samakan rupa dengan presiden ya,” katanya.

Anzalna berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)


Dalam pada itu, peminat pelakon berkenaan bersetuju wajah bayinya itu mirip dengan Putin namun Emirhan lebih comel.

Peminat juga menjangkakan bayinya itu akan menjadi seorang lelaki yang kacak apabila dewasa nanti.

Tidak hanya itu, peminat turut mendoakan agar Emirhan menjadi seorang perdana menteri Malaysia suatu hari nanti.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*