Melihat video pernikahan yang pernah tular di media sosial sebelum ini, ada segelintir bakal pengantin yang dilihat gemuruh tatkala berjabat tangan dengan tok kadi.
Itu belum lagi melafazkan akad nikah bagi menghalalkan hubungan dengan pasangan masing-masing sebagai suami isteri.
Masakan tidak, ketika itu pelbagai jenis rasa bergelut dalam diri. Hati berdebar-debar dan j4ntung pula berdetak kencang. Deb4ran dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu.
Selain itu, ada juga pasangan pengantin yang seolah-olah malu dan segan untuk bergambar selepas selesai sesi akad nikah, seperti yang kami akan dikongsikan ini.
Menerusi video yang dimuat naik oleh akaun Tiktok jauzizaidi3, kelihatan pengantin lelaki cukup malu dan masih gementar untuk memegang bahu pengantin perempuan.
Video:
@jauzizaidi3
Pengantin lelaki berkenaan yang mengenakan persalinan berwarna putih dilihat teragak-agak untuk meletakkan tangannya ke atas bahu pengantin perempuan dan tersenyum malu sambil cuba untuk menghilangkan perasaan gemuruhnya itu.
Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 590.7k tontonan, 29.7k likes dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat merpati dua sejoli ini.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : tiktok jauzizaidi3
Leave a Reply