“Tak nampak pun dia study” – Pelajar tetap dapat ‘dekan’ walau siang malam ‘mengadap’ game, rakan lain iri hati

BELAKANG par4ng jika diasah akan taj4m juga.

Kata pujangga ini sesuai untuk golongan pelajar yang harus berusaha keras untuk mencapai kejayaan.

Walaupun begitu, ada juga pelajar yang diberikan kelebihan yang mana mereka tak perlu bersusah payah membuat ulang kaji atau cuma perlu belajar secara santai tetapi masih berupaya memperoleh keputusan cemerlang.

Gelaran ‘gifted‘ kerap diberikan kepada pelajar sebegini kerana mereka dianugerahkan kebolehan untuk memahami apa yang dipelajari dengan mudah.

Dalam satu video tular di laman TikTok, dapat dilihat suasana sebuah bilik kolej kediaman di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang mana pelajar bertungkus-lumus membuat tugasan kursus.

Ada pelajar yang meniarap di atas katil sambil menghadap komputer riba dan ada juga yang bersila di atas lantai.

Suasana harmoni dapat dirasai ketika tujuh pelajar itu berhimpit sambil menelaah demi mendapatkan segulung ijazah.

Mereka dilihat bertanyakan soalan dan berbincang tentang perkara berkaitan tugasan mereka yang kurang jelas.

Dalam masa sama, kelihatan seorang pelajar sedikit terpinggir daripada rakan-rakan lain apabila dia duduk bermain permainan video di mejanya.

Dia tekun merenung skrin komputer ribanya yang sedang memaparkan visual permainan alam maya manakala tangannya lincah menggerakkan dan menekan punat di konsol permainan.

Seolah-olah berada dalam dunia sendiri lengkap dengan fon kepala menutupi telinganya, pelajar itu seakan-akan tidak endah tentang tugasannya.

Persoalannya, adakah kesemua mereka akan mendapat keputusan setimpal usaha?

Melihat kapsyen video itu, pelajar tersebut hanya nampak ‘alpa’ dari segi luaran tetapi sebenarnya mempunyai ‘t4ring’ sendiri.

“Siang malam main game tahu-tahu dekan je,” tulisnya.

Menyusuri ruangan komen, seorang warga maya mend4kwa pelajar yang bermain permainan video itu sebenarnya sudah selesai mengulang kaji pelajaran tetapi tidak ditonjolkan secara terbuka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Ketahui la dia sebenarnya dah puas study semua chapter dalam diam ketika kita semua lalai. Ini masa dia relax pula,” tulis netizen itu.

Pemilik video itu membuat komen balas mengatakan dia tidak pernah melihat rakannya itu belajar dan sangsi dengan tekaan tersebut.

“Tapi tak nampak pun dia study, macam mana tu?” soalnya.

Seorang lagi netizen yang mungkin juga seorang pelajar ‘gifted‘ turut menyatakan rahsianya iaitu dengan memberikan tumpuan ketika sesi kuliah.

Permainan video menjadi keutamaan kepada pelajar ‘gifted’ ini.

“Kitaorang fokus time lecture bang,” katanya.

“Orang macam ini selalu fokus 100 peratus dalam kelas,” kata seorang netizen menyokong kenyataan tersebut.

Seorang netizen turut melu4hkan rasa hampa kerana ketika pelajar lain membanting tulang, pelajar sebegini hanya tenang untuk mendapat keputusan cemerlang.

Antara komen warga maya.

True, buat kerja last minute pun result gempak.

“Itulah rasa geram je.

“Jarang nampak adik bongsu saya study, kerja main game dengan layan drama Korea je. Tiap-tiap semester dapat anugerah dekan.

“Saya yang pulun tiap-tiap malam tak dapat pula dekan,” kata sebahagian netizen kecewa.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*