“Saya period, muka dia kec3wa” – Suami nak sangat anak, isteri syukur dapat beri hadiah paling bermakna… sebelum ini cuma main dengan kucing

SETIAP orang diberikan rezeki berbeza-beza.

Ada individu jodohnya lambat, ada juga yang sudah lama berkahwin tetapi lewat mendapat anak.

Begitulah yang dilalui Puteri Nadiah Zainal Abidin, 26 dan pasangannya, Mohd Salihim Razak, 34, yang kini sudah berumah tangga lebih dari dua tahun.

Ketika dihubungi mStar, Nadiah menceritakan semula kisah di sebalik perkongsian video menunjukkan suaminya men4ngis teresak-esak saat menerima kejutan olehnya pada 8 Mac lalu.

“Awalnya tu saya dah dua minggu tak period tapi biasanya memang macam tu.

“Tapi waktu tu juga suami saya dah banyak hari mvntah-mvntah sebab tak sihat. Saya pelik tengok dia jadi terdetik di hati nak buat ujian kehamilan.

“Jadi pagi tu pukul 4 saya bangun tidur senyap-senyap, saya check guna pregnancy test dekat bilik air rumah,” katanya.

Dia yang menetap di Bercham, Ipoh, Perak berasa gembira dan terharu ketika mendapat tahu dirinya hamil dan tidak sabar berkongsi berita ini dengan suaminya.

Apatah lagi pada masa itu mereka sudah lapan bulan menunggu untuk merasai momen manis ini.

Bagaimanapun, Nadiah mendapat idea untuk merahsiakan dahulu berita baik ini dan hanya akan memberitahu suami pada hari jadinya.

“Saya kahwin dengan suami ketika dia dah agak berumur sikit. Kawan-kawan dia yang lain semua dah ada anak. Adik dia sendiri pun dah ada lima anak masa kami kahwin.

Nadiah dan Salihim sudah berumah tangga lebih satu tahun tiga bulan.

“Jadi dia memang nak sangat ada anak dari sebelum kami kahwin lagi. Selalunya kalau dapat berita kawan-kawan kahwin dia agak sedih sebab giliran dia belum tiba. Selama ni dia bermain dengan kucing saya saja.

“Rezeki saya dapat suami memang sayang kucing. Lepas kahwin terus bawa Oyen duduk sekali. Oyen tu hampir dua tahun dah jadi keluarga saya.

“Sebelum ni setiap kali beritahu saya period, boleh nampaklah ri4k muka kecewa dia. Tapi masa buat surprise hari jadi dia happy sangat. Tak sangka sampai berjurai-jurai air m4ta dia,” imbas Nadiah mengenai momen manis itu.

Video tular yang dimuat naik meraih lebih 620,000 jumlah tontonan dan Nadiah tidak menyangka reaksi suaminya mendapat pelbagai reaksi netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Dalam pada itu, Nadiah berkata dia mempunyai alasannya tersendiri apabila mengambil masa agak lama untuk berkongsi video tersebut.

Malah, wanita ini juga sempat menitipkan pesanan kepada pasangan di luar sana yang sedang menunggu kehadiran cahaya mata pertama dalam hidup mereka.

“Saya rancang kejutan tu di saat-saat akhir. Saya memang tak beli hadiah apa-apa pun. Pagi tu check UPT (urine pregnancy test), petang tu terus bagi suami. Saya selitkan stoking saja sebab hanya itu yang terlintas masa masuk kedai hadiah.

Keputusan ujian kehamilan yang dibuat pada jam 4 pagi.

“Saya sorokkan kehamilan tu pada awalnya sebab berpegang pada prinsip sembunyikan perkara belum pasti. Memang niat saya nak post video tu lepas baby selamat dilahirkan.

“Ramai juga yang terharu sampai men4ngis tengok video tu. Ada juga yang beritahu mereka masih mencuba nak mengandung. Saya baca satu-satu semua komen sambil doakan mereka. Apa-apa pun semua rezeki datangnya dari Allah. Kita kena bersabar sambil berusaha,” katanya lagi.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*