Perkongsian foto pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha menunjukkan jari sudah dicalit dakwat sebagai tanda selesai membuang undi Pilihan Raya Umum 15 (PRU15) Sabtu lalu masih menjadi topik hangat dalam kalangan netizen.
Bukan hanya disebabkan kali pertama mereka keluar mengundi tapi penampilan Hanis Zalikha yang menggayakan ‘handbag’ silang kecil turut menjadi tumpuan netizen.
Rata-rata netizen berasa ingin tahu apa yang boleh diletak dalam beg sekecil itu malah ada juga segelintir mereka yang berseloroh mengatakan ia hanya diisi oksigen sahaja.
“Kadang-kadang saya cemburu tengok orang bawa beg kecil macam tu. Letak IC saja ke? Saya kalau keluar berat beg saja dah 3 kg. Sampai senget la bahu. Ni tengok orang lain bawa, alahai comelnya. Isi apa saja tu?
“Beg Hanis itu letak apa ja ya? Tak boleh tidur petang selagi aku tak dapat jawapan.
“Isk beg isi oksigen je ke?” antara komen beberapa netizen yang menghiburkan.
Terdahulu, netizen melu4hkan rasa syukur selain mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut yang akhirnya memilih untuk melunaskan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
Ia sekali gus menjawab persoalan dalam kalangan netizen yang ingin mengetahui sama ada pasangan itu keluar mengundi atau tidak pada PRU kali ini.
View this post on Instagram
Ini kerana mereka pernah ‘k4ntoi’ tidak pergi mengundi para PRU ke-14 pada 2018 sehingga mengundang kec4man teruk daripada netizen.
Sementara itu, di laman Twitter pula kecoh apabila beberapa warganet membuat ciapan mengimbas semula tindakan pasangan tersebut yang tidak keluar mengundi pada 2018 lalu.
Sebelum ini, pasangan selebriti itu pernah mengaku mereka tidak dapat keluar mengundi pada PRU-14 kerana sudah terikat dengan komitmen kerja ketika itu.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : gempak.com
Leave a Reply