Mengadu sesak n4fas dan s4kit dada, Mia Sara dikejarkan ke dua buah hospital

Pelakon Mia Sara dikejarkan ke dua buah hospital pada Selasa lalu selepas mengadu mengalami mas4lah sesak n4fas dan s4kit pada bahagian dada.

Bapa pelakon itu yang juga pengurusnya, Muhammad Ridhuan Saleh memberitahu Mia menerima rawatan selama lapan jam akibat masalah tersebut.

Bagaimanapun kata Muhammad Ridhuan, Mia atau Mia Sara Nasuha, 17, dibenarkan pulang ke rumah dan dalam proses pemulihan.

“Mia Sara dikejarkan ke dua buah hospital petang semalam disebabkan ketidakselesaan pada bahagian dada selain mengalami ses4k nafas.

“Bagaimanapun dia telah dibenarkan pulang selepas lapan jam pemerhatian dan kini sedang berehat di rumah,” katanya.

Perkara itu dikongsikan Muhammad Ridhuan menerusi akaun Instagram milik pelakon remaja berkenaan.

Dalam pada itu, Muhammad Ridhuan berterima kasih kepada peminat yang bimbang akan kesihatan Mia.

“Saya bagi pihak keluarga Mia Sara ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan,” katanya lagi.

Mia sebelum ini turut memuat naik video memaparkan dirinya sedang terbaring di katil hospital sehingga menimbulkan pertanyaan pengikut tentang kesihatannya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*