‘Kepada Kamu Moga Berbahagia, Kini Cinta Kita Berakhir Untuk Selamanya’ – Janna Nick Dah Putus Dengan Dini Schatzmann?

Penyanyi dan pelakon Janna Nick menerusi sebuah video mendedahkan status dirinya adalah ‘single’ dan sudah tidak lagi bersama kekasihnya Dini Azan Schatzmann. Eh, biar betul!

Janna Nick dah putus?

Menerusi video yang dimuat naik oleh pelakon berusia 27 tahun itu di TikTok, memaparkan dirinya sedang menjamu selera.

Namun, apa yang menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen adalah status Janna di mana dia menyatakan bahawa dirinya single seperti sudah putus bersama Dini.

Janna. 27 tahun. Single. Tak suka buka packaging sambal.

@jannanickofficial

Ada yang lahir 1995?

♬ original sound – ki – ki

Bagaimanapun, di Instagram, pelantun lagu Gatal ini memuat naik hantaran yang mengukuhkan lagi kenyataannya.

Kepada kamu moga berbahagia, kini cinta kita telah berakhir untuk selamanya.

Hasil pemerhatian mendapati Janna telah menutup ruangan komen di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dan seperti tidak percaya Janna sudah putus dengan Dini. Malah, ada juga di antara mereka yang mengatakan bahawa ia hanyalah lakonan semata-mata.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : ohbulan.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*