“Dia Sebenarnya…,” – Did4kwa Sedang S4kit, Noorkumalasari Maklum Keadaan Terkini Anita Sarawak

Pelakon legenda, Noorkumalasari menepis d4kwaan segelintir pihak yang mengatakan kakaknya yang juga merupakan penyanyi terkenal, Anita Sarawak kini mengalami masalah kesihatan.

Menurut Noorkumalasari, Anita yang kini bermastautin di Las Vegas, Amerika Syarikat dikhabarkan berada dalam keadaan baik.

“Saya ada juga mendengar khabar angin begitu, tapi dia sebenarnya dalam keadaan baik dan tak s4kit seperti didakwa,” katanya kepada MH

Pelakon yang terkenal menerusi filem, Adik Manja ini berkata sedemikian ketika ditemui di forum ‘Antara Cantik dan Bakat : Di Manakah Magis Pengukuh Kredibiliti?’ yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Isnin.

Noorkumalasari turut menambah, dia juga sudah lama tidak berhubung dengan Anita.

Menurutnya, Anita lebih banyak berhubung dengan kakak sulung mereka bagi memaklumkan keadaan terkininya.

“Mungkin sebab dia tahu saya banyak berhubung dengan rakan-rakan media, jadi dia lebih selesa untuk berhubung dengan kakak sulung saya. Yang pasti, dia dalam keadaan baik bersama suami di Las Vegas,” katanya.

Sebelum ini, khabar angin mend4kwa Anita bukan saja s4kit, malah sudah berc3rai dengan suaminya, Mahathir Abdullah selain turut did4kwa sudah men1ngg4l dvnia.

Media pula sebelum ini melaporkan Anita sudah meninggalkan kerjaya nyanyian dan kini lebih banyak menghabiskan masa di rumah.

Komen netizen:

Kredit Foto: WHAM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mediahiburan.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*