Pelawak, pelakon dan penyampai radio, Jep Sepahtu meraih perhatian wargamaya apabila berkongsi ucapan manis bersempena ulang tahun kelahiran ke-38 isterinya iaitu Sari Yanti.
Menerusi laman sosial Instagram Sinar_my, video ucapan Jep atau nama sebenarnya Muhd Nadzri Zainal Abidin dimuat naik ketika bertugas di konti radio.
“Sempena ulang tahun kelahiran dia, saya nak buat ucapan berbentuk doa. Mudah mudahan di ulang tahun kelahiran ini, usia yang bertambah ini, kata orang tu dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dilimpahkan kebahagiaan hidup dunia dan akhirat, dipermudahkan segala urusan, sentiasa berada di dalam rahmat dan redha Allah SWT. Yang dia kena tahu, saya sangat sayangkan dia,” kata Jep menerusi video.
Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 1.9k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata turut mendoakan dan mengucapkan selamat hari lahir untuk Sari Yanti.
Video:
View this post on Instagram
Untuk rekod, Jep mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Sari Yanti atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Dariya Inara, Muhammad Khidir, dan Abu Bakr.
Sari juga mempunyai dua lagi cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Mohd. Eddy Casmady Che Hussien iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : instagram sinar_my
Leave a Reply