Zamani sedar selepas 48 jam pembed4han tulang belakang, keluarga mohon maaf tak terima pelawat

Penyanyi Zamani Slam dilaporkan sudah sedarkan diri selepas 48 jam berada di bawah pemantauan doktor selepas menjalani pembed4han membetulkan tulang belakang melengkung ak1bat peny4kit skoliosis pada Isnin lalu.

Isteri Zamani, Nur Juliana Abd Rani berkata, suaminya itu bakal dipindahkan ke wad biasa selepas diletakkan di bawah pemantauan rapi pihak hospital.

“Syukur Alhamdulillah berkat doa semua, Zamani sekarang sudah sedar dan berada di bawah pemantauan doktor di hospital. Insya Allah dalam proses untuk dipindahkan ke wad biasa,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Juliana memaklumkan buat masa ini pihak keluarga enggan menerima sebarang kunjungan tetamu yang ingin menziarah Zamani, 51, di hospital dan berharap semua pihak faham akan permintaan itu.

Juliana memberitahu dia sekeluarga menghargai semua yang mengambil berat tentang keadaan suaminya namun meminta kenalan memberi ruang untuk suaminya berehat memandangkan Zamani masih dalam keadaan lemah.

“Seperti mana semua tahu pembed4han dijalankan adalah besar maka mengambil masa untuk pvlih. Atas nasihat doktor Zamani perlu banyak berehat supaya rawatan pemulihan berjalan lancar.

“Kami mohon maaf kerana tidak dapat menerima sebarang tetamu yang ingin melawat Zamani buat masa ini. Harap semua faham keadaan Zamani dan keluarga ketika ini. 

“Kami ucapkan ribuan terima kasih untuk doa dan ucapan selamat daripada semua dan terus mendoakan agar Zamani segera sembuh dan kembali sihat,” katanya.

Untuk rekod, Zamani mula mengh1dap peny4kit tersebut sejak 2015 dan keadaan dilihat semakin teruk apabia badannya tidak boleh berdiri tengak ekoran tulang belakangnya melengkung.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*