Pelakon, Fasha Sandha meraih perhatian wargamaya apabila berkongsi ucapan manis bersempena ulang tahun kelahiran anak tercinta iaitu Putri Raysha Jemyma.
Menerusi laman sosial Instagram, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan memuat naik satu video anak tercinta untuk tatapan umum.
Menurut Fasha, dia berharap Jemyma diberi kesihatan yang baik dan membesar menjadi anak yang solehah serta berjaya dunia dan akhirat. Fasha juga berpesan kepada anaknya itu bahawa dunia ini hanyalah sementara dan hidup tidak selalunya indah, namun kasih sayang antara mereka berdua tidak akan pernah pudar.
“Sayangku Jemyma, watching you grow up is my greatest joy…Putri Raysha Jemyma. Perjalanan hidup kita mungkin tidak sempurna sayang. Ibu juga bukan ibu yang sempurna buat Jemyma. Ibu tetap akan terus cuba untuk menjadi ibu yang terbaik untuk ketiga2 anak ibu.
“Setiap tahun, ibu pasti akan ambil cuti untuk uruskan sendiri setiap ulangtahun semua anak2 ibu. Penting untuk ibu untuk melihat anak2 ibu senyum gembira walau apa jua keadaan. Alhamdulillah perjalanan Jemyma membesar dengan penuh kasih sayang dan bahagia .Allah hanya pinjamkan dada untuk ibu selama 10 tahun, tetapi Allah hadiahkan Rayfal dan Jemyma selamanya untuk kami berdua dan kerana Rayfal dan Jemyma kasih sayang kita semua tidak akan pernah putus sampai bila2.
“Dunia ini hanyalah sementara sayang, hidup tidak selalunya indah, adakala kita bahagia adakalanya kita berduka, ada juga manusia datang dan pergi, ada yang akan menyayangi dan ada juga yg sebaliknya, tetapi kasih sayang antara kita berdua tidak akan pernah pudar sayang.
Semoga Jemyma diberikan kesihatan yang baik, bijak, dan menjadi anak solehah buat ibu dada dan ayah. Alhamdulillah impian ibu untuk nampak Jemyma naik pentas atas pencapaian cemerlang telah tercapai, im so proud of u sayang, HAPPY 8th sayang, We love you Putri Raysha Jemyma,” tulis Fasha di ruangan kapsyen.
View this post on Instagram
Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 3.7k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata turut mendoakan dan mengucapkan selamat hari lahir untuk Putri Raysha Jemyma.
Untuk info, Fasha mendirikan rumah tangga dengan Aidil Aziz pada Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Aisha Amaira Mohd Aidil.
Menerusi perkahwinan pertama, Fasha mempunyai dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma yang kini berusia lima tahun.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : instagram fashasandha
Leave a Reply