“Tak lama lagi hilang la hidung cikgu” – Gelagat anak istimewa suka cuit hidung cikgu cvri perhatian ramai

Umum mengetahui bahawa kanak- kanak istimewa yang mempunyai Autism ini susah untuk berkomunikasi dengan mereka kerana kanak- kanak yang mempunyai autism ini mempunyai dunia mereka tersendiri.

Apabila mereka menyukai seseorang atau berasa selesa dengan seseorang, kebanyakan kanak- kanak ini akan menyentuh mulut atau hidung individu yang disukai atau yang mereka selesa, itu salah satu cara mereka mengatakan mereka selesa dengan kita.

Begitu juga yang dilakukan oleh seorang pelajar yang juga mempunyai Autism yang menyentuh hidung gurunya apabila gurunya itu sedang fokus melihat lembaran kertas di atas mejanya.

Rakaman video yang memaparkan kanak- kanak itu memegang hidung gurunya itu dimuatnaik oleh gurunya di aplikasi Instagram reels dan mendapat banyak maklum balas positif dari ibu bapa yang mempunyai anak- anak yang juga menghidap Autism.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by CIKGU MURID ISTIMEWA | عبد الله (@zarithnabilah)


Ketika diterjah ke ruangan komen pula, ramai warganet yang terdiri dari ibu bapa yang mempunyai anak- anak yang Autism dan kawan- kawan yang autism juga turut menyetujui bahawa itu adalah satu satu pemberitahuan kepada orang yang disentuh hidung atau mulut itu bahawa mereka selesa atau sayang dengannya.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://www.instagram.com/zarithnabilah/, sinarviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*