Motor ‘panas’ hadiah arw4h bapa kena cvri, pemuda terkilan sampai hilang selera… Tak sangka Ebit Lew gantikan Yamaha 125ZR

DvGAAN di pagi Jumaat.

Begitulah kisahnya mengenai seorang mekanik, Lukman Hakim Noorman, 20, yang kehilangan sebuah motosikal Yamaha 125ZR di hadapan rumah sewanya di Kepong, Selangor.

Kejadian itu hanya disedari ketika dia mahu berangkat ke tempat kerja, Jumaat lalu.

Senang disapa Manap, dia mengakui terkilan dengan kejadian berkenaan memandangkan motosikal itu merupakan pemberian Allahyarham bapanya yang baru sahaja men1ngg4l dvnia pada tahun lalu.

“Saya perasan motor hilang pada pukul 10.30 pagi, ketika nak pergi kerja. Saya letakkan motor depan guard house. Biasanya saya park kat dalam kawasan rumah. Tapi pada hari tu kawan pinjam access card, jadi saya terp4ksa letak motor di luar.

“Berdasarkan semakan kamera litar tertutup (CCTV), nampak sebuah Hilux merah dinaiki dua individu yang mencvri motor saya. Mereka buat kerja seminit je. Motor saya ditunggang oleh salah seorang daripada dua individu itu.

“Sejujurnya saya rasa terkilan sebab motor itu pemberian arw4h ayah. Pada hari itu juga, saya buat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju. Saya juga buat video mengenai kejadian itu di TikTok sehingga menerima lebih 3.7 juta tontonan,” ujarnya.

ebit5

Manap terharu menerima sumbangan Ebit.

Selepas kisahnya tular di media sosial, Manap berkata dia turut dihubungi personaliti dakwah, Ebit Lew dan ahli pasukannya sebelum mereka bertemu di kediaman ibunya di Jinjang pada petang Sabtu.

Menurut anak ketiga daripada empat beradik itu, dia bagaikan menerima rezeki berganda apabila bukan sahaja dapat bertentang mata dengan Ebit, malah turut dihadiahkan sebuah motosikal model sama.

“Saya dihubungi pada Sabtu oleh team ustaz, mereka minta lokasi saya untuk datang bagi sedikit bantuan. Masa nampak ustaz, saya rasa terharu sangat. Biasa tengok dia bantu orang, kemudian diri sendiri pula yang kena. Rasa macam mimpi.

“Kemudian nampak motor yang dia nak bagi pula. Memang rasa nak men4ngis, saya dah rasa tak kuat masa tu. Memang rezeki saya. Ustaz banyak bagi nasihat, dia pesan supaya saya jaga solat dan jaga keluarga.

“Kepada ustaz dan team, saya sangat berbesar hati dan nak ucapkan terima kasih. Kalau ada rezeki, saya nak jumpa ustaz sekali lagi, nak minta ustaz tandatangan cover set motor itu,” ujar Manap yang bekerja di Ars Empire Motor, Batu Caves.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Manap turut menitipkan pesan kepada individu yang mencvri motosikal miliknya agar memulangkan semula harta berharga itu kerana ia menyimpan banyak kenangan bersama Allahyarham bapanya.

“Kalau abang terbuka hati nak pulangkan, boleh letak balik dekat tempat abang ambil motor tu. Itu motor arw4h ayah yang bagi, harap abang faham macam mana terkilan perasaan saya,” pesan Manap kepada pelaku tersebut.

Sementara itu, ibu Manap iaitu Roziah Abdul Hamid, 45, berkata dia terharu dengan kedatangan Ebit dan mengakui tidah pernah menyangka bahawa kejadian berkenaan akan berlaku ke atas keluarganya.

manap

Manap bersama ibu dan adik-beradiknya.

“Memang terharu, menggigil j4ntung saya. Selama ini tengok video ustaz bantu orang, kali ini kena pada anak saya. Saya tak sangka team ustaz nak datang bagi bantuan.

“Manap ni anak yang tak pernah menyusahkan saya. Dia cari duit sendiri. Dia anak yatim, tiada ayah. Apabila ustaz datang buat kejutan, saya urut dada macam tak percaya.

“Pelvkan ustaz kepada Manap bagaikan pelvkan seorang bapa. Saya juga pesan kepada Manap supaya jaga motor pemberian ustaz sebagaimana dia jaga motor pemberian arw4h ayahnya,” ujarnya.

ebit3

Empat beradik ini baru sahaja kehilangan bapa mereka pada tahun lalu.

Akhir bicara, ibu Manap turut menitipkan pesan kepada pelaku agar menginsafi perbuatan mereka kerana lambat-laun ia akan dibalas oleh yang maha Esa.

“Kepada pencvri motor, jangan susahkan orang. Lepas kat sini (dunia) belum tentu lepas di sana (akhirat).

“Masa hari hilang motor, Manap men4ngis sehari, nak makan pun tak selera. Sebab itu motor dia cari rezeki. Tapi saya reda dengan kejadian ini,” ujar ibunya lagi.

Untuk rekod, Yamaha 125ZR dikenal pasti sebagai ‘barang panas’ dan sering menjadi sasaran pencvri kerana nilainya tinggi.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*