Pelakon, Sari Yanti meraih perhatian wargamaya apabila berkongsi ucapan manis bersempena ulang tahun kelahiran anak tercinta iaitu Baasit Al Haq.
Menerusi laman sosial Instagram, Sari atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari memuat naik beberapa gambar bersama suami dan anak tercinta untuk tatapan umum.
Menurut Sari, dia berharap Baasit membesar menjadi anak yang soleh dan anak yang soleh dan berjaya dunia dan akhirat. Sari juga berharap anak keduanya itu sentiasa disayangi dan selalu berada dalam redha dan rahmat Allah SWT.
“Semoga Baasit Al Haq membesar menjadi anak yang soleh dan musleh .berjaya dunia dan akhirat. Menjadi yang disayangi dan sentiasa dalam redha dan rahmat Allah swt 🤲..
“Happy 11th Birthday my 2nd son Baasit Al Haq . Mama Abah Barr Dariya Khidir and Abu Bakr love you so much,” tulis Sari di ruangan kapsyen.
View this post on Instagram
Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 51k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata turut mendoakan dan mengucapkan selamat hari lahir untuk Baasit Al Haq.
Untuk rekod, Jep mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Sari Yanti atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Dariya Inara, Muhammad Khidir, dan Abu Bakr.
Sari juga mempunyai dua lagi cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Mohd. Eddy Casmady Che Hussien iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : instagram sariyanti
Leave a Reply