Sebagai tanda penghargaan dan perpisahan, pelakon Datin Niena Baharun menghadiahkan seutas gelang tangan emas kepada penjaga anak-anaknya yang telah berkhidmat beberapa bulan.
Bersyukur dipertemukan dengan Asra, Niena berkata individu tersebut yang menawarkan diri menjaga dua orang anaknya biarpun usianya masih muda.
“Awal tahun haritu saya struggle cari helper untuk jaga anak-anak saya lepas maid yang lama balik. Dengan nak tunggu maid baru tak boleh masuk sebab musim C0vld.
“Tapi satu hari tu, Allah temukan saya dengan insan bernama Asra Syafikah secara tidak sengaja. Dengan izin Allah, dia yang offer diri untuk bekerja sebagai babysitter anak saya.
“Sebelum dia masuk kerja, banyak kali saya tanya dia. Betul ke nak jadi babysitter? Sebab bukan senang nak jaga kids di usia yang muda, tambah kids masa tu tengah aktif,” katanya.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, ‘babysitter’ bernama Asra Syafikah berpelvkan dengan Niena sambil men4ngis menarik perhatian netizen yang turut seb4k melihat mereka.
Menurut Niena lagi, dia nampak keikhlasan Asra yang sukakan kanak-kanak disebabkan sudah biasa menjaga lapan orang adik-beradiknya.
Video:
@nienabaharun.nb Perpisahan itu ada, agar kita bisa menghargai sebuah pertemuan. 🤍 #simpansinibuatkenangan #fyp #fypシ #foryoupage #tiktokmalaysia #tiktokindonesia
“Jawapan dia memang suka kids, dan dari sekolah dia dah biasa jaga adik-adik sebab adik-beradik dia ada 8 orang. Bila saya dengar ada 8 orang adik-beradik, masa tu saya nampak keikhlasan di hati seorang anak dan kakak.
“Dia cakap, dia nak kerja, nak tolong ringankan beban mak dan ayah serta adik-beradik dia. Walaupun awak bekerja dengan saya hanya berapa bulan tapi saya terima kasih dan hargai cara awak jaga, sayang anak-anak saya.
“Hadiah ni pun, tak boleh ganti dengan masa yang awak korbankan untuk menjaga kedua anak saya. Dia bukan sahaja babysitter untuk anak-anak saya tapi saya anggap dia macam keluarga saya.
“Kisah suka dvka kami sentiasa kongsi bersama. Walaupun kenal berapa bulan. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan dan saya pasti perpisahan ini bukanlah sayu pengakhiran,” katanya lagi.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : gempak.com
Leave a Reply