Si cilik Aqeef Anaqi merupakan anak pertama hasil sulaman cinta p4sangan pelakon, Amar Baharin dan Amyra Rosli yang dilihat juga mewarisi rupa paras mereka.
Maka tidak hairanlah bahawa Instagram rasmi Aqeef sentiasa menjadi tumpuan netizen gara-gara mahu melihat gelagat comel kanak-kanak tersebut.
Tidak cukup dengan itu, si cilik ini juga baru-baru ini tercalon dalam kategori Si Cilik MeleTOP bagi Anugerah MeleTOP ERA.
Baru-baru ini menerusi laman Tiktok rasmi miliknya, Amyra Rosli berkongsi gelagat Aqeef Anaqi yang menghadiri satu ‘talk show’ sempena Sambutan Hari Tabung Sedunia.
Apa yang mencvri tumpuan ialah gelagat Aqeef Anaqi menyanyikan lagu Wellerman yang dipopularkan oleh Nathan Evans, walaupun pada mulanya dilihat agak malu.
“Nak menyanyi tapi malu-malu,” tulis Amyra menerusi video.
Video:
@aamyrarosli8
Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 410.3k tontonan, 29.8k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat Aqeef Anaqi.
Untuk info, Amyra berkahwin dengan Amar Baharin pada November 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : tiktok aamyrarosli8
Leave a Reply