Soraya Muhammad Amirul Hafiz merupakan puteri sulung Ain Edruce dan suami yang pada asalnya jantina bayi selebriti ini tidak diketahui oleh mereka sendiri sepanjang tempoh kehamilan sehingga hari dia dilahirkan.
Ain sebelum ini pernah menceritakan pada awalnya dia meneka bahawa anak yang bakal dilahirkan itu adalah lelaki namun suaminya pula menebak yang anak sulung mereka merupakan bayi perempuan.
Selain memiliki nama klasik yang sebutannya hanya sepatah, wajah comel anak Ain Edruce ini selalu raih tumpuan peminat.
Baru-baru ini menerusi laman Instagram rasmi miliknya, Ain berkongsi gelagat anaknya iaitu Soraya memakai kostum seakan Mumia sempena sambutan Halloween.
Penampilan Soraya rata-rata mencuit hati ramai, apabila dia dilihat tampil dengan bedak di muka, manakala hampir keseluruhan tubuhnya pula dibaluti dengan pembalut luka.
“Penakot jangan tgk.. kang x boleh tido…Sabar je lah dgn mummy eh.. haha. Ser4m x the mummy pipi londeh ni?,” tulis Ain Edruce di ruangan kapsyen.
Video:
View this post on Instagram
Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan penampilan Soraya.
Untuk makluman, Ain berkahwin dengan ahli perniagaan, Muhammad Amirul Hafiz pada 13 Disember 2019 dan dikurniakan cahaya mata, Soraya.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : instagram ainedruce
Leave a Reply