“Kelakarnya Kakja ni,” – Beraninya Heliza Helmi bermain dengan citah

Dengan kucing pun sesetengah orang takut, inikan pula nak ajak bermain dengan harimau bintang atau citah (cheetah)?

Namun perkara ini bukan satu penghalang bagi aktivis kemanusiaan cantik, Datin Seri Nur Heliza Helmi yang berani apabila dengan selambanya dilihat bermain dan bergurau dengan harimau bintang.

Siap berlari-lari lagi. Menerusi perkongsian yang dimuat naik Heliza dalam Instagram miliknya, isteri kepada Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman itu bermain dengan seekor citah dan melayan haiwan buas itu seperti kucing.

Sangat comel apabila Heliza berlari-lari sambil membawa sebiji bola takraw yang diikat dengan tali dan membiarkan citah itu mengejarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 🎯H E L I Z A H E L M I 🎯 (@nurhelizahelmi)


Tapi kita pula yang rasa seram. Dibuatnya harimau bintang itu tiba-tiba nampak Heliza persis seketul ayam goreng, habis!

Difahamkan lokasi Heliza bermain dengan harimau bintang itu terletak di Phuket, Thailand.

Berhati-hati tau Heliza. Binatang bu4s kita tidak boleh sangka sifatnya. Kena g1git dengan kucing pun s4kit, apa lagi kalau gigitan harimau bintang. T4kut!

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : kosmo.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*