[VIDEO] Anak buat kejutan hadiahkan kereta baharu, reaksi bapa buat ramai seb4k

Jasa ibu bapa tidak mungkin dapat dibalas oleh anak-anak. Jika dikira jasa ibu bapa, pasti ia takkan terbalas. Lebih dari buih-buih di lautan, begitu banyaknya jasa mereka terhadap kita.

Namun mungkin kita sebagai seorang anak boleh ikhtiarkan sesuatu bagi memudahkan urusan mereka dalam menjalani kehidupan seharian.

Sama juga seperti lelaki ini yang baru-baru ini tular di laman Tiktok kerana difahamkan telah memberi hadiah kepada ibu bapanya hasil kesepakatan bersama adik beradiknya.

Berdasarkan video yang tular di laman Tiktok farizulsukkri, pemilik video bersama keluarga dilihat mengajak kedua ibu bapanya di sebuah kedai makan, untuk menikmati hidangan ‘steamboat’.

Setibanya di kedai tersebut, hasil kerjasama dengan pemilik kedai, pasangan warga emas itu dikejutkan dengan hadiah kereta jenis Perodua Myvi dihadapan mereka.

Melihat kejutan tersebut, bapa kepada pemilik video kelihatan terharu dan seb4k menerima hadiah dari anak tercinta.

Surprise kereta untuk ayah & ibu.. tq team @iwanshifudoaor yg bekerjasama untuk jayakanya..,” tulis tiktok farizulsukkri di ruangan kapsyen.

Video:

@farizulsukkri

Surprise kereta untuk ayah & ibu.. tq team @iwanshifudoaor yg bekerjasama untuk jayakanya.. #ayah #hadiahuntuktersayang

♬ original sound – FarizulSukkri – FarizulSukkri

@farizulsukkri

Replying to @zaramel11 terima kasih atas doa & ini sambungan hadiah dari kami adik beradik untuk ayah & ibu.. #hadiah #hadiahuntuktersayang

♬ original sound – FarizulSukkri – FarizulSukkri

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 558.6k tontonan, 15.4k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata memuji dan mendoakan supaya pemilik video supaya sentiasa dimurahkan rezeki.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : tiktok farizulsukkri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*