“Alhamdulillah tahniah,” – Sweet Qismina Sah Bergelar Isteri Adam Lee

Teka-teki tarikh perkahwinan akhirnya terjawab setelah pelakon Sweet Qismina dan aktor Adam Lee selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri, pada pagi Isnin.

Hanya sekali lafaz

Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, 25, sah bergelar isteri kepada Adam, 27, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 10.40 pagi di The Boathouse, Ampang.

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan merangkap Imam 1 Masjid Darul Ehsan Taman Tun Abdul Razak, Tuan Haji Mohd Khairi Husin berwakil walikan abang kandung Sweet, Fahed Ashraf Supandi.

Pelakon drama Adam Chempaka ini menerima mas kahwin sebanyak RM2410.97 manakala wang hantaran dirahsiakan.

Selain itu, pihak pengantin lelaki menyerahkan lima dulang hantaran kepada pihak perempuan dan dibalas dengan tujuh dulang.

Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 100 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan terdekat dan media.

Pada sebelah tengah hari, satu majlis kesyukuran akan diadakan bagi meraikan pasangan pengantin baharu.

Pada malam Sabtu, Sweet dan pemilik nama Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee mengadakan malam berinai yang bertemakan Jawa. Pasangan ini menggayakan busana sedondon berwarna hitam serta dilengkapi perhiasan.

Untuk rekod, Sweet dan Adam mengikat tali pertunangan pada 24 Oktober 2021 selepas tiga tahun bercinta.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : ohbulan.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*