Pernah Doa Pohon Jodoh Di Jabal Rahmah, Wanita Syukur Kembali Ke Tempat Sama Bersama Suami

Berbicara mengenai jodoh, setiap individu pasti mengharapkan agar bertemu pasangan hidup yang terbaik. Selain berusaha, titipan doa juga menjadi peneman agar urusan mencari jodoh yang diidamkan dipermudahkan.

Tidak dapat dinafikan, Jabal Rahmah dikatakan sebagai lokasi popular untuk berdoa agar bertemu jodoh.

Doa 9 Tahun

Menerusi satu ciapan di Twitter, seorang wanita dikenali sebagai Dr Dira yang pertama kalinya menjejakkan kaki di Jabal Rahmah pada tahun 2013 memanjatkan doa agar bertemu jodoh yang diidamkannya. Akhirnya, 9 tahun kemudian, dia berpeluang kembali semula ke lokasi sama bersama pasangan hidupnya.

Menurut doktor pergigian ini, dia hanya berdoa dan meminta secara spesifik bagaimana ciri-ciri jodoh yang diinginkan.

Doa 9 tahun. First time datang Jabal Rahmah, doa specific minta jodoh orang macam mana. Masa tu I sebut je, tak kenal pun 9 years later, I came back to Jabal Rahmah with my dua came true. Alhamdulillah.

Tapi apa I minta, nak kahwin umur berapa, dengan orang macam mana, nak mertua macam mana, nak husband umur berapa, rupa macam mana baik perangai sama, etc semua dapat. Semua Alhamdulillah.

Dalam perkongsian tersebut juga, Dira turut menceritakan kisah bapanya yang berdoa di lokasi sama bagi meminta jodoh beberapa bulan sebelum bertemu ibunya. Tambahnya lagi, dia berdoa ketika itu hanya sekadar mencuba kerana cerita daripada ayahnya.

Di perkongsian sama, Dira turut menceritakan bagaimana dia bertemu jodoh dan semuanya berlaku dengan pantas sehingga mereka diijabkabulkan.

Menjengah di ruang komen, rata-rata pengikutnya terharu dan gembira dengan perkongsiannya itu yang mampu menjadi inspirasi kepada orang lain untuk tidak putus asa berdoa agar bertemu jodoh yang terbaik.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : ohbulan.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*