“Panjang akal nohhh,” – [VIDEO] Ramai terhibur bila anak Dayah Bakar beri alasan s4kit kepala sebab taknak pergi sekolah

Umum mengetahui bahawa pengacara yang dikenali ramai, Dayah Bakar sebelum ini menetap di Canberra, Australia bersama suami dan anak kecil mereka.

Dayah pernah berjauhan dengan suaminya hampir setahun lebih, iaitu sejak awal kehamilan anak lelaki sulungnya itu sehingga selamat melahirkan seorang anak lelaki iaitu Achbar Muhammad Fahri.

Menginjak usia hampir dua tahun, Fahri sentiasa mencvri perhatian ramai apabila gelagat comelnya sentiasa dikongsi oleh Dayah menerusi laman Instagram dan Tiktok rasmi miliknya.

Terbaru menerusi laman Tiktok, Fahri sekali lagi menjadi tumpuan ramai apabila gelagatnya semasa dalam perjalanan untuk ke sekolah rata-rata mencuit hati ramai.

Menerusi perkongsian tersebut, Fahri yang duduk di atas kerusi keselamatan kanak-kanak dilihat memberi alasan s4kit kepala kerana enggan untuk ke sekolah.

“Panjang akal nohhh,” kata Dayah.

Video:

@dayahbakar

Panjang akal nohhh #fyp #fypシ #fypdongggggggg

♬ Funny Song – Cavendish Music

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 394.4k tontonan, 33.2k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata turut terhibur dengan gelagat Fahri.

Untuk makluman, Dayah berkahwin dengan Hanif pada 29 Jun 2018. Perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran cahaya mata lelaki, Achbar Muhammad Fahri yang dilahirkan pada 17 Ogos 2020.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : tiktok dayahbakar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*