WANITA mengandung kerap mengalami alahan kerana perubahan hormon dalam badan.
Alahan yang berlaku pada minggu-minggu awal kehamilan termasuklah rasa loya, s4kit badan dan perubahan selera makan.
Namun, terdapat k3s di mana si suami juga merasai kesan alahan yang sama seakan-akan ada ‘ketersambungan’ di antara pasangan.
Begitulah kisah yang dilalui Habibah Che Hassan, 32, atau lebih mesra disapa sebagai Kak Beb apabila dia dan suaminya bersama-sama mengalami alahan tersebut.
Dalam satu video tular yang dimuat naik Kak Beb di laman TikTok, dapat dilihat suaminya yang berumur 39 tahun berulang-alik ke tandas kerana berasa mual.
“Ada satu hari itu kami ditanyakan bila nak dapat anak kedua sebab anak pertama kami dah berumur setahun. Terus tiga hari lepas tu rasa lain macam, kami laki bini macam ker4cunan makanan.
“Kami dua-dua orang mulut rasa payau, s4kit pinggang, s4kit perut. Malam sebelum itu suami tiba-tiba request nak makan ikan siakap. Pelik. Selalunya dia jenis tak kisah bab makan, senyap je, tak ada nak cerewet makan apa.
“Dah macam mengidam pula dia. Lepas itu dia ada cakap nak mengunyah asam sebab mulut rasa tawar. Terus saya pergi ke tandas buat pregnancy test,” kata Kak Beb sambil tertawa kecil ketika dihubungi mStar.
Reda melalui ujian kehamilan apabila disahkan hamil anak keduanya, Kak Beb sangat bersyukur atas kurniaan rezeki itu.
Habibah dan suami bersama anak pertama mereka.
“Lepas pregnancy test itu kami masih rasa lagi alahan itu. Kalau kami duduk sekali, salah seorang mesti akan rasa mu4l dan terus mvntah.
“Kalau suami dah mvntah, saya akan rasa lega. Kalau saya dah mvntah, suami akan rasa lega. Macam ada bluetooth antara kami,” terangnya.
Kak Beb berkata untuk anak pertama, suaminya telah melalui alahan yang lebih teruk manakala dia sendiri hanya mengalami simptom alahan ringan.
View this post on Instagram
Selain itu, Kak Beb menceritakan keluarganya dan suami tidak pernah mengalami kejadian suami isteri berkongsi alahan ini, justeru mereka menganggapnya sebagai sesuatu yang unik.
“Orang tua-tua cakap kalau jadi macam ini sebab bonding antara suami dan isteri rapat sangat. Sebenarnya kami pun tak tahu apa puncanya kalau secara saintifik.
“Kalau macam anak pertama kami hari tu, apa yang suami rasa, saya pun rasa benda sama, macam pening, s4kit belakang, sakit perut dan rasa nak mvntah.
Keluarga besar Kak Beb.
“Keluarga belah saya dan suami setakat ini tak ada lagi jadi macam kami. Mak mentua saya cakap saya antara menantu yang bertuah,” kongsinya.
Kak Beb berkata dia agak terkejut kerana selepas lapan tahun menunggu anak pertama, mereka kini dikurniakan zvriat kedua dalam masa setahun sahaja.
“Kami percaya tuhan akan bagi zvriat ni pada waktu yang sesuai dan saya rasa sekarang adalah masa yang sesuai. Nanti anak pertama pun boleh ada abang. Tak ada la dia anak tunggal.
“Walaupun masih terkejut, tetapi kami boleh katakan yang kami slow and steady. Nak cakap ready sangat atau tak ready langsung pun tak, saya boleh katakan sedang-sedang,” ujarnya positif.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mstar.com.my
Leave a Reply