“Akan Menikmati Setiap Momen Bersama…,” – Dr. Amalina Selamat Bersalin, Arabella Mia Namanya

Pakar bed4h kelahiran Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri memaklumkan dirinya telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada minggu lalu di Hospital St. Thomas, United Kingdom.

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Dr. Amalina menerusi entri terkini di laman Instagram.

“Kami berbesar hati untuk memperkenalkan kepada anda semua puteri cantik kami, Arabella Mia yang dilahirkan pada minggu lalu di St. Thomas’ Hospital,” tulisnya.

Menerusi hantaran yang sama, Dr. Amalina turut berkongsi wajah puterinya itu selain turut mengumumkan dia dan suami telah bersepa untuk menamakannya, Arabella Mia.

Katanya lagi, kehadiran anak sulungnya ini bakal menambahkan lagi seri dan kegembiraan didalam keluarganya.

“Kami amat menyayanginya dan akan menikm4ti setiap momen-momen indah bersama penyeri hidup kami ini.

“Kami sangat teruja untuk melihat apa yang telah ditetapkan pada masa hadapan. Alhamdulillah, sayang semua,” kongsinya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri)


Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa turuja selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Dr. Amalina dan suami.

Sekadar informasi, Dr Amalina mendirikan rumah tangga bersama jejaka Inggeris, Alexander Charles dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Central London pada 31 Mac, tahun lalu.

Komen netizen:

Sumber & Kredit Foto: Instagram Dr. Amalina

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mediahiburan.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*