Bertemakan ‘Roblox’, Amyra Rosli & Amar Baharin sambut ‘birthday’ Aqeef Anaqi yang ke 5 tahun

Si cilik Aqeef Anaqi merupakan anak pertama hasil sulaman cinta p4sangan pelakon, Amar Baharin dan Amyra Rosli yang dilihat juga mewarisi rupa paras mereka.

Maka tidak hairanlah bahawa Instagram rasmi Aqeef sentiasa menjadi tumpuan netizen gara-gara mahu melihat gelagat comel kanak-kanak tersebut.

Tidak cukup dengan itu, si cilik ini juga baru-baru ini tercalon dalam kategori Si Cilik MeleTOP bagi Anugerah MeleTOP ERA.

Baru-baru ini menerusi laman Instagram rasmi miliknya, suami kepada Amyra Rosli iaitu Amar Baharin berkongsi suasana majlis sambutan hari lahir Aqeef Anaqi yang ke 5 tahun.

“Happy Birthday Anaqi. Semoga membesar menjadi anak yg soleh ” tulis Amar Baharin di ruangan kapsyen.

Video:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin)


Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 1.1k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Aqeef Anaqi.

Untuk rekod pasangan ini mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 4, dan Ayra Aryssa, 2.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : instagram amarbaharin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*