Kejutan ketika berkongsi berita kehamilan kepada suami sudah menjadi trend dalam kalangan masyarakat pada masa kini.
Momen manis ini biasanya akan dirakam dan dikongsikan di media sosial sebagai kenang-kenangan.
Tidak ketinggalan berbuat demikian ialah ialah wanita ini, yang memberikan hadiah berupa telefon pintar dan satu lagi hadiah istimewa.
Terbaru menerusi video tular yang dimuat naik menerusi laman tiktok @rabiatul1994, seorang lelaki difahamkan menerima hadiah daripada isterinya berupa telefon pintar, dimana menurut isterinya hadiah itu ialah sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
Namun apa yang mencvri perhatian ialah tujuan sebenar hadiah itu diberi, dimana di dalam kotak telefon pintar tersebut terdapat kit ujian kehamilan yang menyatakan si isteri sedang hamil.
“ALHAMDULILLAH. rezeki yang memang buat sampai mengalir air mata. hadiah utk suami. penatian yang lama. terima kasih ya ALLAH bagi kami suami isteri dapat merasa nikmat menjadi seorang papa & mama ,” tulis @rabiatul1994 di ruangan kapsyen.
Video:
@rabiatul1994 ALHAMDULILLAH🥰rezeki yang memang buat sampai mengalir air mata😭hadiah utk suami❤️penatian yang lama🥹terima kasih ya ALLAH bagi kami suami isteri dapat merasa nikmat menjadi seorang papa & mama🤲🏼 #perjuangduagaris #syukuralhamdulillah #rezeki_allah #doayangbaikbaik
ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah menerima 109.3k tontonan, 7.8k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terharu melihat reaksi si suami ketika menerima kejutan tersebut.
Komen netizen:
Sumber: tiktok @rabiatul1994
Leave a Reply