“Smart boy,” – [VIDEO] Yusuf Iskandar guna bahasa Mandarin buat ramai kagum

Tel4tah anak selebriti terkenal Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sering kali mencvri perhatian ramai dengan gelagat comel mereka. Gelagat dua beradik Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah yang begitu bersahaja sering kali menghiburkan warganet.

Biarpun masih kecil, namun kedua-dua si cilik tersebut telah memiliki jumlah followers yang ramai di akaun Instagram. Bukan sahaja comel, malah ada sahaja keletah dan ragam dua beradik ini yang sering dikongsi oleh Hanis Zalikha ataupun Hairul Azreen.

Baru-baru ini menerusi laman instagram Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar sekali lagi menarik perhatian ramai apabila dilihat bercakap menggunakan bahasa Mandarin.

Walaupun difahamkan masih dalam proses pembelajaran, Yusuf dilihat sudah mula menguasai bahasa tersebut, dan menjawab dengan baik setiap soalan yang ditanyakan.

“Untuk yang bertanya. Yusuf dah kena belajar bahasa Mandarin. Kami tak mampu nak nolong Yusuf dengan subjek wajib dia yang satu ni. Tak sampai hati tengok dia sendirian menggagau belajar bahasa cina, tambahan pula dia budak baru. Kawan kami recommend @fasihmandarin , teruslah sign him up! Baru nampak better progress dan bila dia buat homework sekolah, ada lah yang guide dia,” tulis Hanis Zalikha di ruangan kapsyen.

Video:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha)


Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 36.4k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata teruja mendengar Yusuf Iskandar menggunakan bahasa Mandarin.

Untuk makluman, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha berkahwin pada Jun 2015 dan dikurniakan sepasang cahaya maya iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber: instagram haniszalikha

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*