Pengacara Nabil Ahmad kuatkan hati, meski dilihat menitiskan air m4ta pada segmen awal program MeleTOP yang bersiaran secara langsung, pada Selasa.
Tampil mengemudikan MeleTop bersama rakan hos, Datin Lisa Surihani, Nabil tenang saat terkenang dan berkongsi cerita mengenai arw4h bapanya Ahmad Haji Ismail yang telah kembali ke Rahmatullah pada 7 Oktober lalu.
Lisa terlebih dulu merakam ucapan t4kziah buat Nabil seisi keluarga atas kehilangan bapa tercinta.
“Ini kali pertama saya berdepan dengan situasi macam ni. Bila melihat tahap oksigen arw4h drop dan katanya perlu ditidurkan, saya cakap dengan diri saya ‘kalau ditidurkan, sekejap lagi dapat jumpa balik kot.’ Saya tidak terfikir itu kali terakhir saya dapat tengok dia.
“Saya macam… banyak benda ralatlah. Saya sebagai anak, saya rasa banyak benda yang tak sempat nak lalukan bersamanya. Masih banyak tanggungjawab yang sepatutnya saya langsaikan, bagi perhatian dan sebagainya,” lu4h Nabil.
Nabil pada masa sama menambah, dia memilih untuk kembali bekerja dan tidak mahu bersendirian bagi melupakan perkara itu buat seketika.
“Saya mula kerja ni Lisa sebab saya tak nak duduk sorang. Saya nak bergaul, berborak pasal kerja dan benda lain.
“Tapi itulah saya rasa syukur sangat dengan pengakhirannya. Pada saya, sangat baik. Dia pergi hari Jumaat, lepas tu kalam akhir dia dapat mengucap dengan baik.
“Saya adik-beradik mandikan dia dalam keadaan arwah tersenyum. Saya doakan semoga Allah mudahkan perjalan arwah dekat alam yang baru. Sebab kitaorang (keluarga) tak pernah kehilangan orang yang rapat, ini pertama kali,” katanya lagi.
View this post on Instagram
Perkongsian penuh untuk segmen tersebut turut dikongsikan menerusi YouTube MeleTop, awal malam tadi.
Imbas kembali, Allahyarham Ahmad Haji Ismail dilaporkan men1ngg4l di Hospital Serdang, Selangor, ak1bat mas4lah komplikasi j4ntung.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mediahiburan.com
Leave a Reply