Rindu, ungkapan yang cukup romantis bila dilu4hkan pada pasangan yang bercinta. Namun bagi sesetengah orang rasa rindu itu juga cukup menghimpit perasaan. Apatah lagi andai rindu pada yang telah tiada, cukup sakit untuk di tanggung.
Begitulah yang cuba dikongsikan oleh wanita ini di aplikasi TikTok mengenai apa yang dirasainya setelah ketiadaan lelaki bergelar abah dalam hidupnya.
Meskipun menurutnya, semasa hay4tnya dia tidaklah begitu rapat dengan ayahnya namun kehilangan itu amat dirasai. Tak semua orang mampu menelan pahitnya realiti apabila terp4ksa menerima hakikat kehilangan insan tersayang dalam ahli keluarga.
Perkongsian daripada pemilik TikTok @the.otherbunga meskipun nampak bersahaja namun kita yang mendengar cukup sedih dan terkesan dalam hati.
“Minggu pertama abah men1ngg4l saya langsung tidak sedih. Bahkan saya rasa lega, sebab abah struk, dia akan sentiasa buat perangai yang mendvga kami adik beradik dan ibu hingga saya kasihan tengok ibu saya. Kena angkat abah, mandikan bapa dan urus segalanya. Kami adik beradik semua perempuan dan nasib baik juga dalam adik beradik saya antara yang paling gagah”
“Masuk hari ke tujuh, ketika saya ingin solat Maghrib. Tiba-tiba saya macam terlintas difikiran, bagaimana suara abah ye? Puas pejam mata cuba ingat, memang tak boleh ingat. Terus capai phone, scroll galeri cari semua yang ada gambar abah, tapi tak ada satu videonya.
“Ralat sangat, punya sedih sampai saya men4ngis masa solat tersedu-sedu macam budak kecil sebab tak ingat suara abah saya sedangkan saya sangat rindu padanya.
Hidup Dalam Penyesalan
“Sampai sekarang saya tak ingat suara abah saya. Menyes4l tapi sekadar menyes4l sahaja sebab abah dah tak ada. Sepanjang hidup saya ni, saya tak pernah cakap dengan abah yang saya sayang dengan dia.
“Malah saya pun tidak tahu ada atau tidak sepanjang hidup ini momen-momen membanggakannya.Padahal saya fikir-fikir perangai saya ni sama macam perangai abah saya.”
Video penuh:
@the.otherbunga Replying to @Kak Yong🔥T.G.F🔥 PART 1 : CERITA TENTANG ABAH “Apa yang kau ingat tentang Abah? Lelaki yang paling banyak sembunyikan hati penuh sayang, paling handal samarkan jiwa yang walang.” ❤️🩹 #childhoodmemories #healingjourney #healingprocess #abah
@the.otherbunga Replying to @cik dila PART 2 : CERITA TENTANG ABAH Thank you guys sudi dengar i membebel pasal Abah ❤️🩹 #childhoodmemories #healingjourney #healingprocess #abah #carcurhat
@the.otherbunga Replying to @Jerry PART 3 : CERITA TENTANG ABAH ❤️🩹 “There’s nothing I wouldn’t do To hear your voice again Sometimes I wanna call you But I know you won’t be there.” Hurt // Christina Aguilera 🌱 #childhoodmemories #healingprocess #healingjourney #abah #sadboy
Ujian Sebagai Anak
“Jika ibu bapa korang masih ada, hargai. Ada masa balik, tengok ibu bapa. Kalau dah jadi macam saya dah tak ada guna. Boleh pergi kvbur sedekahkan al fatihah dan doa, so saya boleh hidup dalam penyesalan sahaja.
“Hargai, ambil gambar ambil video banyak-banyak. Cuba call hari ini, jika selama ni tak pernah cakap sayang tapi cuba cakap abah saya sayang abah. Apa agaknya mereka rasa kan?
Meninjau di ruangan komen warganet cukup tersentuh hati dan turut sama berkongsi pengalaman masing-masing setelah insan yang tersayang tiada lagi disisi.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : keluarga.my
Leave a Reply