Pelakon dan pengacara Karl Shafek melu4hkan rasa sedih apabila tujuh daripada 30 ekor kucing peliharaannya m4ti secara mengejut dalam tempoh lima hari berturut-turut.
Karl atau Khairul Shafek Ibrahim, 42, berkata, doktor veterinar mengesahkan punca kem4tian tersebut ak1bat v1rus parvo yang sering menj4ngkiti haiwan berkenaan.
“Memang sedih dan terkejut apabila setiap hari balik rumah selepas kerja kebelakangan ini ada sahaja kucing saya yang m4ti. Bermula daripada seekor dan sekarang sudah tujuh ekor m4ti.
“Kesemuanya tidak menunjukkan sebarang simptom. Jadi saya pun tak syak ada masalah v1rus berkenaan.
Antara kucing peliharaan Karl.
“Saya pelik juga sebab semuanya saya letakkan di dalam rumah. Bagaimanapun doktor veterinar memberitahu v1rus parvo mungkin boleh mereb4k melalui udara atau lalat,” katanya kepada mStar.
Karl terdahulu berkongsi mengenai kem4tian tujuh ekor kucingnya menerusi Instagram Story miliknya pada Isnin.
View this post on Instagram
Sebagai seorang pencinta kucing, Karl berkata, kehilangan haiwan peliharaannya itu pasti memberi kesan mendalam buat dirinya.
Bagaimanapun katanya, dia kini mengambil langkah berhati-hati agar baki kucing miliknya yang lain tidak terkena j4ngkitan v1rus sama.
“Kebanyakan yang m4ti itu adalah masih baru dan belum div4ksin. Mungkin sebab itu ia mudah terkena j4ngkitan.
“Walaupun sedang sedih dan panik, saya tidak boleh nak terus berdiam. Perlu fikirkan langkah berjaga-jaga agar kucing yang lain tidak terkena j4ngk1tan.
“Sekarang ini saya letakkan mereka dalam bilik khas dan yang mana ada simptom diasingkan. Selain itu, saya juga sentiasa menjaga kebersihan kawasan mereka dikurung supaya sentiasa bersih dan bebas kum4n,” jelasnya.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Karl turut melahirkan rasa terharu apabila rakan-rakan pencinta kucing yang lain banyak memberi nasihat dan petua penjagaan haiwan itu agar tidak terkena jangkitan sama.
“Antara petua yang saya buat adalah berikan kucing-kucing ini air rebusan rumput helikopter. Rasanyta semua yang membela kucing tahu akan petua ini.
“Terima kasih kepada mereka yang menghantar pesanan di media sosial tentang cara-cara penjagaan kucing,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mstar.com.my
Leave a Reply