“Aaa kekanda ku, terharu lah surprise last day ni…” – Ini reaksi Erra Fazira apabila Dato’ Awie datang pada hari terakhirnya bekerja

Fazira Wan Chek atau lebih dikenali sebagai Erra Fazira merupakan seorang peragawati, pelakon, penyanyi, pengacara, penerbit dan bekas ratu cantik Malaysia.

Dilahirkan dan dibesarkan di Rawang, Selangor, beliau memulakan kerjaya seni seawal usia 17 tahun dengan menjadi penyanyi di pertunjukan pentas dibawah bimbingan rakan ibunya, penyanyi Dayangku Intan. Dari situ Erra Fazira diberi peluang muncul di kaca televisyen buat pertama kali pada tahun 1991 untuk mengacarakan program hari raya bersama artis-artis veteran iaitu Variasi Aidilfitri.

Namanya mula menjadi sebutan pada 1992 apabila menyertai pertandingan Ratu Cantik Miss Malaysia World 1992 dan memenangi gelaran tersebut. Setelah itu Erra mula diintai ramai penerbit lebih-lebih lagi apabila wajahnya banyak muncul di pentas peragaan dan kaca televisyen. Erra Fazira juga pernah bercinta dengan Dato Awie dari Kumpulan Wings.

Menerusi satu klip video di akaun Tiktok milik errafaziraprimadonamy menunjukkan Erra sedang bekerja di hari terakhirnya bersama konti ‘pagi di sini’.

Klip video tersebut menunjukkan Dato’ Awie telah dijemput menjadi tetamu khas ataupun menjadi ‘surprise’ untuk datang ke konti Sinar pada hari terakhir Erra Fazira. Dj-dj Sinar sungguh teruja melihat reaksi Erra Fazira apabila Dato’ Awie memasuki konti.

Reaksi yang ditunjukkan oleh Erra Fazira sungguh teruja melihat jejaka itu memasuki konti. Rata-rata netizen suka melihat reaksi Erra dan mengatakan wajah Erra kelihatan sangat berseri ketika melihat Awie memasuki konti.

Video:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @cepatberita


Klip video tersebut mendapat sambutan hangat dan mempunyai sebanyak 609.8K tontonan, 36.3K sukaan dan 475 komen. Jangan lupa komen yang baik-baik.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : metro.rimbabara.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*