Sudah menjudi lumrah orang perempuan suka untuk kelihatan cantik dengan wajah yang berseri dan menawan. Tidak dinafikan dengan ini akan memberi lebih keyakinan untuk berdepan dengan orang ramai.
Jadi tidak hairanlah jika boleh meskipun usia terus meningkat namun keremajaan kulit tetap ingin dijaga agar kekal awet muda.
Bercakap mengenainya awet muda, baru-baru ini ramai yang memperkatakan mengenai selebriti dan pengacara, Yang Mulia Che Puan Sarimah Ibrahim selepas membuat kemunculan istimewa di rancangan Gegar Vaganza Musim Ke-9 pada Ahad lalu.
Sarimah kelihatan begitu cantik dan wajahnya kekal muda meskipun telah berusia 43 tahun!
Dalam satu ciapan di Twitter, Sarimah telah berkongsi rahsia yang sering diamalkan olehnya untuk kekal kelihatan menawan dan sihat selepas ditanya oleh netizen.
Menurutnya, dia telah mengamalkan minum dua liter air kosong setiap hari dan minum latte oatmilk sebelum bersenam.
“40 minit kardio kaw kaw, tujuh jam tidur. Bernafas secara dalam ke bawah perut.
“Jangan pakai foundation setiap hari dan kena rajin cuci muka setiap malam sebelum tidur. Selain itu gunakan produk yang mempunyai SPF 50 plus,” kongsinya detail.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : keluarga.my
Leave a Reply