Kaburkan Jenama Beg Tangan, Peminat Puji Sikap Rendah Diri Fazura

Sebelum ini, nama pelakon Fazura menjadi topik hangat di media sosial apabila peminat mend4kwa jam tangan dari jenama Patek Philippe yang digayakan itu dianggarkan bernilai RM4 juta.

Terbaru, perkongsian aktres berumur 38 tahun ini di Instagram (IG) mencvri tumpuan warganet.

Pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin memuat naik foto outfit of the day (OOTD) dengan memakai jaket hitam, berseluar jeans serta bertopi putih.

Usahawan terkenal ini turut menulis kapsyen; ‘Nothing to see here’ dengan tanda pagar melu4hkan rasa syukur.

Namun, apa yang menuai perhatian pengikut apabila isteri kepada aktor Fattah Amin bertindak mengaburkan jenama beg tangan yang dipakai.

Biarpun tidak jelas, namun wargamaya mend4kwa beg itu berjenama Hermes dan nilainya boleh mencecah ratusan ribu ringgit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)


Di ruangan komen, rata-rata pengikut memuji sikap rendah diri ibu kepada Nur Fatima Aisya yang tidak gemar menayang kemewahan kepada umum.

Selain itu, ada juga pengguna media sosial yang beranggapan Fazura bertindak sedemikian kerana tidak mahu sekali lagi heboh di media sosial seperti sebelum ini di TikTok.

Terdahulu, Fattah dan Fazura berkahwin pada 27 November 2017 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 2 Oktober 2020.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : ohbulan.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*